Posts

Showing posts from October, 2010

Gunung Merapi di Indonesia Kembali Aktif

Image
Portal al Jazeera Jakarta 29 Okt 2010 - Sekitar 30 orang mangsa Gunung Merapi telah terkorban apabila gunung itu sekali lagi meletus dan menghamburkan abu dan laharnya di Pulau Jawa awal minggu ini. Setakat ini tiada laporan terbaru tentang kerosakkan yang dikeluarkan, tetapi kebanyakkan mangsa yang tinggal di lereng bukit dan di zon bahaya terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Kejadian itu di gambarkan dengan bermulanya kepulan gas panas mula kelihatan di udara sepanjang satu kilometer dari puncak gunung yang berukuran setinggi 2,968 meter.Kesannya debu tebal mula merebak ke kampung-kampung yang terdekat. Pengkaji volcano(pakar gunung merapi)berkata ia bukanlah sesuatu yang baru, malah ia dapat membantu menstabilkan kembali gunung merapi itu berikutan kejadian yang berlaku selasa lepas. “saya melihat kepulan gas panas pada jam 6:10 pagi sepanjang 3.5 kilometer dari arah Tenggara dan diikuti dengan hujan abu,”kata Heru Suparwoko pengkaji volcano,yang di

Cuaca Buruk Menyukarkan Proses Bantuan Kepada Mangsa Tsunami di Indonesia

Image
Mangsa yang diletakkan di Pusat Penempatan Sementara Jakarta 29 Okt 2010 – Keadaan cuaca buruk menyukarkan lagi pihak bantuan kemanusiaan menghantar bekalan bantuan kepada mangsa. Hujan lebat dan paras laut naik lebih tinggi menyebabkan kesukaran kapal-kapal memberikan bekalan bantuan ke pulau-pulau yang terpencil di Mentawai yang melalui pantai barat Sumatera. Lebih 400 orang disahkan telah meninggal dunia, tetapi kebanyakkan nya belum dikenal pasti dari kawasan mana mayat itu dijumpai dan lebih 300 orang masih lagi hilang. Tsunami ini tercetus sehingga 7.7 magnitud di bawah paras laut bumi. Bencana Pegawai kerajaan mula merancang untuk menghulurkan bantuan melalui udara akan tetapi laporan mengatakan helikopter yang ingin dihantar tidak mencukupi untuk sampai ke daerah yang musnah teruk. Kerajaan juga telah menjanjikan berjuta-juta dolar dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa, tetapi agensi bantuan kemanusiaan lebih menyarankan supaya menyalurkan bantua

9 Orang Bakal Pergi Menunaikan Haji Melalui PMRAM

Image
KAHERAH, 30 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Badan Sambutan dan Rehlah pada sesi ini sekali lagi akan menghantar jemaah haji ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Penyertaan ini khususnya terbuka kepada seluruh mahasiswa Islam Malaysia yang berada di bumi Mesir. Pendaftaran bagi haji pada tahun ini telah dibuka seawal 1 November 2010 dan berakhir pada 18 November lalu. Namun begitu tarikh bagi penyertaan ini dilanjutkan sehingga 23 November di atas beberapa masalah yang berlaku dan bagi memberi ruang kepada bakal jemaah haji untuk menyiapkan urusan yang masih berbaki. Seramai 20 orang mahasiswa telah mendaftarkan diri bagi mengikuti ibadah haji. Namun begitu, hanya 9 orang sahaja yang dapat mengikuti ibadah haji pada sesi ini. 9 orang mahasiswa perubatan terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana jadual penerbangan ke tanah suci bertembung dengan tarikh peperiksaan, manakala 2 orang lagi masih lagi dalam proses m

Jumlah Ledakan Gunung Merapi Di Indonesia Bertambah

Image
Gambar situasi kemusnahan di kawasan Gunung Merapi Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh di mana Gunung Merapi paling sensitif di Indonesia meletup dan terus menghaburkan abu dan laharnya di sekitar kawasan yang mana berhampiran dengan kawasan penduduk. Gunung Merapi di Indonesia telah mula meletup mengakibatkan asap tebal menutupi ruang udara. Salah seorang yang terbunuh pada Selasa lepas adalah seorang bayi kerana mengalami kesukaran bernafas dan sebahagian lagi telah mengalami kecederaaan . Seorang pengkaji Gunung Merapi, Surono berkata, gunung merapi itu telah bergegar untuk beberapa jam, dan mula meletus sehari selepas badan pengkajian tersebut memberi amaran bahawa ledakan sudah sampai ke peringkat yang tertinggi. “ Kami mendengar 3 letupan dalam lingkungan jam 6 petang ( 1100 GMT) telah menerbangkan bahan-bahan api setinggi 1.5 kilometer ke atas dan juga awan panas menuruni gunung tersebut. Surono, salah seorang penduduk di kawasan itu menyebut kepada agensi b

Pejuang SARAYA AL-QUDS mangsa serangan artileri syahid

Image
GAZA - Seorang penduduk Palestin menemui syahid selepas waktu zohor sebentar tadi akibat terkena serpihan dari tembakan artileri rejim zionis di timur daerah Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Gambar(safa): Mangsa serangan artileri rejim zionis di Gaza. Jurucakap Khidmat Perubatan Tentera di Gaza, Adham Abu Salamiyah dalam kenyataannya mengesahkan bahawa seorang penduduk Gaza yang dikenali Jihad Subhi Afana, 20 syahid dalam serangan mengejut dari artileri zionis. Menurut kumpulan pejuang, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera JIHAD ISLAMI berkata, as-syahid Afana adalah salah seorang dari pejuangnya. Beliau menemui syahid dalam sebuah misi jihad. Sementara itu, saksi yang menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa beberapa buah jentera perang rejim zionis yang berpengkalan sementara dalam garisan sempadan di timur Bet Hanoun menyasarkan serangan ke atas sebuah rumah. Berikutan serangan itu, rumah milik keluarga Al-Shubbat rosak teruk, jelas sumber. Kejadia

Keputusan Imtihan Qabul 2010 : Mengejutkan Semua Pihak

Image
KAHERAH, 25 Oktober – Keputusan Imtihan Qabul untuk kemasukan ke Universiti al-Azhar bagi sesi pengajian 2010/2011 telah pun dikeluarkan oleh pihak Universiti al-Azhar secara rasminya hari ini selepas semakan untuk kali kedua dilakukan atas permintaan pelbagai pihak. Namun keputusan tersebut tidak banyak berlaku perubahan sebagaimana sebelum daripada ini. “Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada hari ini sempat membuat analisa penuh keputusan tersebut. Dan apa yang mengejutkan kita pada hari ini ialah bilangan pelajar yang lulus hanyalah 307 orang (41.43%) berbanding jumlah yang gagal iaitu seramai 350 orang (47.23%)daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan itu seramai 741 orang. Jumlah tersebut tidak melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pelajar ”.ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM. “Dan jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar tahun lepas ternyata keputusan pada tahun ini sangat merosot. Pad

Tsunami Melanda Sumatera

Image
Jakarta 26 Okt 2010 – Seramai 113 orang terbunuh, manakala sekitar 500 lagi dipercayai hilang dalam bencana tsunami yang melanda kampung-kampung tepi pantai berikutan gempa bumi kuat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam. Gempa bumi yang berukuran 7.5 pada skala Ritcher itu berlaku 20 kilometer di bawah dasar laut, 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai pada pukul 9.42 malam (10.42 malam waktu Malaysia) dan mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter yang melanda perkampungan di beberapa buah pulau. Pegawai agensi pengurusan bencana, Ade Edward hari ini berkata, angka kematian baru mula diterima dan setakat ini, 113 mayat sudah ditemui dan kira-kira 500 oarang masih hilang. Mereka yang hilang dipercayai melibatkan rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatra Surfaris. Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam

Video Hari Memperingati Peristiwa Berdarah Tak Bai

Antara video-video mengenai kisah tragedi malang di Selatan Thailand. Peristiwa berdarah Tak Bai terus menjadi kenangan pahit bagi umat Islam di seluruh dunia. Sumber Video: You Tube Sumber Video: You Tube Dipetik dari : We Care ISLAM

Mahasiswa Berhimpun Memperingati Sejarah Tak Bai

Image
Sumber dari : We Care ISLAM Patani, 25 Okt 2010 - Perhimpunan Mahasiswa Secara Aman sempena memperingati 6 Tahun Tragedi Tak Bai telah di adakan di University Songkhla Wilayah Patani. Sekitar 200 orang mahasiswa berkumpul di hadapan bangunan universiti sambil membentangkan beberapa kertas dan kain putih. Antara mini sepanduk yang dibuat tertera ayat “ no Air to Breath at Tak Bai ” , ” I See Dead People at Tak Bai ” sebagai tanda protes mereka terhadap peristiwa tersebut. Mereka juga diseragamkan dengan pakaian yang bewarna putih sambil memegang belon serta menutup mulut bagi menyokong memperingati tragedi pahit itu. Perhimpunan yang berlansung dalam keadaan aman tanpa diganggu oleh pihak universiti tersebut. Perhimpunan tersebut yang dijalankan semata-mata untuk membina sensitiviti umat Islam terhadap peristiwa tersebut dan melahirkan rasa kekesalan mahasiswa terhadap peristiwa berdarah yang telah berlaku 6 tahun dahulu. Ianya perlu dijalankan agar ianya tidak pernah dil

25 Oktober 2004.. Sejarah Pahit Bagi Tak Bai Dikenang

Image
Kisah derita ummah semakin menekan dan meruntun jiwa umat Islam yang bersaudara. Pelbagai rentetan terhadap kebiadapan mereka yang tidak senang dengan Islam. Isu Palestin yang tiada kesudahan, cacamerba di Afghanistan dan Iraq lantaran kerakusan AS menginjak ISLAM. Mereka seolah-olah ‘singa yang kehausan darah umat’. Hari ini, kita mengimbas kembali episod derita ummah di Selatan Thailand yang majoritinya mereka adalah saudara seIslam kita. Ianya bagi menyedarkan ummah bahawa terdapat sejarah pahit bagi penganut Islam di Thailand yang perlu diketahui dan diingati selain ulang tahun memperingati Kejatuhan Empayar Islam di Turki. Sejarah dan peristiwa ini bagi meningkatkan sensitivit ummah akan nasib umat Islam di tempat lain. 25 Okt 2010 genap 6 tahun Tahun Sejarah Hitam yang mengejutkan seluruh umat Islam tentang peristiwa pembunuhan beramai-ramai secara kejam di Tak Bai rentetan ketidakadilan yang dirasakan seluruh umat Islam yang menyebabkan kerap berlakunya pertikaian

Majlis Tahnik Muhammad Al-Fatih

Image
KAHERAH, 25 Oktober - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM telah dianugerahkan seorang anak saudara yang baru hasil perkahwinan antara Ustaz Sazali Bin Rasyid dan Ustazah Nurul Zaffan Bin Ayob. Anak yang diberi nama Muhammad Al-Fatih Bin Sazali selamat dilahirkan pada pagi 21 Oktober 2010 hari Khamis. Alhamdulillah, dengan berkat doa dan pertolongan Allah, semuanya berjalan dengan lancar serta selamat. Pada jam 12.15 tengah hari tanggal 25 oktober 2010, telah diadakan satu acara tahnik oleh Syeikh Hasan Bin Hasan Rejab yang merupakan seorang tenaga pengajar di Maahad Qiraat Syubra. Acara tahnik yang dilakukan oleh syeikh tersebut dijalankan di dewan Soleh Al-Masri dan disaksikan oleh ahli BKPPPM yang tinggal di Kaherah. Selepas majlis tahnik tersebut, Syeikh Hasan mengalunkan sedikit ayat Al-Quran dan member i tazkirah kepada pelajar yang hadir. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa oleh Syiekh Hassan Bin Hasan Rejab. BKPPPM mendoakan keselamatan dan kesihatan kepada

Kursus Jahitan siri ke-2 BKPPPM

Image
KAHERAH, 23 Oktober – Biro dan Unit Perumahan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) menganjurkan kursus menjahit siri kedua. Program ini berlangsung pada 23 Oktober 2010 bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Program ini telah mendapat sambutan daripada 4 orang ikhwah dan 18 orang akhawat. Tujuan program ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan awal kepada ikhwah dan akhawat mengenai asas jahitan. Selain itu , kursus ini juga memberi nilai tambah kepada mahasiswa/wi yang berada di Pelembahan Nil ini untuk mendalami seni jahitan serta menyediakan barisan pelapis penjahit professional kepada BKPPPM. Diantara pembentang yang memberi pengisian dan latihan kepada para peserta ialah Ustazah Marsyitah Binti Azahari serta Ustazah Diayana Binti Khamis. Semoga kursus ini dapat memberikan faedah dan manfaat yang berguna kepada para peserta dan dapat melahirkan seramai mungkin penjahit yang professional.

[Karikatur] Israel pencabul dan sikap Arab

Image
Pencabulan ke atas hak-hak Palestin Dulu hingga kini, gandingan rejim zionis serta pendatang haramnya terus-menerus melakukan 'pencabulan' ke atas hak-hak Palestin. Setelahmana sebuah NGO Israel(Hak Asasi Manusia) mengeluarkan laporan mengenai peningkatan pencabulan Israel ke atas hak Palestin, Netanyahu yang merupakan Perdana Menteri Negara haram ini tanpa segan silu menyatakan projek penempatan dan pembinaan perumahan Israel tidak menghalang usaha damai yang berlangsung waktu ini. Sedih bagi Palestin apabila mahu membangunkan sebuah bandar Palestin di Tebing Barat, para pendatang haram dan kerajaan rejim zionis tanpa rasa malu menentang usaha itu. Dimanakah salah Palestin? Puluhan tahun kumpulan perunding Palestin Ramallah menyembah pelan damai, namun mereka sedang dipermain-mainkan dalam sedar. Lebih perit, Palestin sedang mempersiapkan agensi-agensi Kerajaan untuk menubuhkan Negara Palestin, kini impian itu seakan kabus kerana rejim zionis yang setiap masa ter

Pengakuan Pengarah JPMK Menandatangani Surat ‘AC ‘ Medic Mesir

Image
Susulan daripada pertemuan saya selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Us.Sulaiman Bin Ismail dan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta saudara Mohd Azhan Bin Hamdan bersama En.Shaiful Bin Muhammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Maka, semalam bertarikh 21/10/2010 saya bersama beberapa orang ahli Dewan Perwakilan Mahasiwa Tanta sekali lagi ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk bertemu sendiri dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Profesor Jamil Bin Hashim bagi mendapatkan penjelasan berkaitan surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada agensi Medic Mesir. Dalam pertemuan tersebut, kami bertanyakan kepada beliau tentang status surat tersebut, siapa yang mengeluarkan dan menandatangani surat tersebut. Profesor Jamil mengakui bahawa surat tersebut telah ditandatangani oleh beliau dan dikeluarkan oleh kerani yang bertugas pada waktu itu. Professor Jamil mengatakan bahawa sura

Kempen Biah Solehah

Image
1. Pembentukan Fikrah & Syaksiah 2. Cegah Penyalahgunaan media elektronik. 3. Memperkasa solat jemaah. 4. Eratkan tautan ukhuwah. 5. Cegah Ikhtilat yang tidak syar'ie

Islamic Fashion Festival Calar Kehormatan Orang Islam

Image
MANHAL PMRAM : Kita sering mendengar berkenaan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ini hanya terjadi di kalangan orang-orang kafir sahaja. Ini kerana mereka sendiri tidak berpuas hati dan bersetuju dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . Mereka juga sentiasa mencuba pelbagai cara dan wasilah untuk menunjukkan rasa benci mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Apa yang menyedihkan lagi, perbuatan sekutuk ini bukan hanya didominasi oleh orang kafir sahaja, malah sekarang ini orang Islam sendiri juga bersubahat dan tidak ketinggalan untuk turut sama menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan tanpa disedari. Baru-baru ini heboh berkenaan penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion Festival yang kononnya ingin memperagakan pemakaian secara Islam yang sebenar, tetapi malangnya disebalik niat baik tersebut terdapat unsur-unsur yang menghina kemulian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di tempat yang tidak selayaknya. Jika kita mel

MASALAH HUKUM PENGGUGURAN BAYI

Image
Para fuqaha` telah membahaskan mengenai masalah pengguguran bayi ini. Mereka membahagikan perbahasan mengenai penguguruan bayi ini kepada dua peringkat. Peringkat yang pertama janin yang belum ditiupkan roh dan peringkat yang kedua selepas ditiupkan roh. 1) Pengguguran Bayi Sebelum Ditiupkan Roh : Telah thabit dalam hadis bahawa roh seseorang bayi itu akan ditiupkan selepas 120 hari dalam kandungan. Ini telah disebut oleh nabi Muhammad SAW dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari Dan Imam Muslim, yang bermaksud : “Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itujuga (iaitu 40 hari) ,kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”. Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “ kemudian air manii tu kami jadikan ia segumpal darah, la

MADRASAH HADIS DI MESIR

Image
Selepas kewafatan Rasulullah SAW,terdapat sebahagian para sahabat Baginda yang terlalu sukar untuk meniggalkan kota Madinah. Hal ini disebabkan cinta dan rindu mereka terhadap baginda. Mereka tidak akan meninggalkan kota Madinah melainkan apabila terdapat urusan yang amat penting. Tatkala Saidina Umar Al Khattab berjaya membuka beberapa buah negara seperti Syam, Palestin, Parsi dan Rom, penglibatan para sahabat Nabi amat diperlukan. Terdapat sebahagian para sahabat yang berkhidmat sebagai tentera, peniaga dan pendidik. Penglibatan para sahabat dalam pendidikan telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan Islam, bahkan telah membentuk satu sistem yang tersusun dalam menerapkan kefahaman Islam . Secara tidak langsung, usaha para sahabat ini telah membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun (Madrasah Hadis). MADRASAH HADIS DI MESIR Mesir dibuka oleh Saidina ‘Amru Bin Al-‘As di zaman Saidina Omar Al-Khattab pada tahun 16 H dan ada yang mengatakan pa