Kursus Jahitan siri ke-2 BKPPPM


KAHERAH, 23 Oktober
– Biro dan Unit Perumahan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) menganjurkan kursus menjahit siri kedua. Program ini berlangsung pada 23 Oktober 2010 bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Program ini telah mendapat sambutan daripada 4 orang ikhwah dan 18 orang akhawat.

Tujuan program ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan awal kepada ikhwah dan akhawat mengenai asas jahitan. Selain itu , kursus ini juga memberi nilai tambah kepada mahasiswa/wi yang berada di Pelembahan Nil ini untuk mendalami seni jahitan serta menyediakan barisan pelapis penjahit professional kepada BKPPPM.

Diantara pembentang yang memberi pengisian dan latihan kepada para peserta ialah Ustazah Marsyitah Binti Azahari serta Ustazah Diayana Binti Khamis. Semoga kursus ini dapat memberikan faedah dan manfaat yang berguna kepada para peserta dan dapat melahirkan seramai mungkin penjahit yang professional.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL