Posts

Showing posts from September, 2018

TA'ZIR DAN SEBATAN

Image
Pengertian Ta’zir dan Hukumannya Kami nyatakan di sini berkenaan dengan hukum ta’zir dari segi pengertian dan hal berkaitan dengannya. Ta’zir daripada perkataan “عزَّرَ يعزِّر تعزيرًا” merupakan masdar. Ia memberi maksud menolak atau menghalang. Dikatakan juga memberi sokongan dan membantu kerana seseorang itu menolak musuhnya daripada untuk menyakitinya. Ta’zir juga dengan makna menguatkannya dan juga dengan makna mengakhlakkannya atau mendisiplinkannya. Ia termasuk daripada asma’ al-adhdad (nama-nama yang ada bertentangan makna). Dinamakan ‘ uqubah atau hukuman dengan ta’zir kerana daripada sifatnya akan dapat menolak penjenayah dan menjarakkannya dari melakukan jenayah atau kembali kepada perbuatan tersebut. Pada istilahnya pula, ta’zir adalah hukuman yang tidak ditetapkan kadar oleh Syarak yang wajib sebagai hak bagi Tuhan atau manusia pada setiap maksiat yang tiada padanya hukuman hudud dan juga kaffarah pada ghalibnya. (Lihat al-Mabsut , 9/36; Fath a

LAPORAN SENANDUNG'18

Image
Kaherah, 13 September 2018. Telah berlangsungnya program Senandung’18 yang betemakan “Terdidik Wanita, Terdidik Generasi” khusus buat pelajar akhawat BKPPPM. Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 13 September sehingga 15 September yang bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah antara mahasiswi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.   Perjalanan program bermula pada jam 4.00 petang yang bermula dengan Majlis Perasmian kemudian diteruskan dengan Diskusi Kitab Tafsir Surah An Nur oleh Ustazah Syariza binti Ayub yang bertempat di Dewan Soleh Al Masri.   Keesokannya 14 September 2018, Senandung’18 bermula dengan Usrah gabungan kemudian diteruskan dengan Indoor pada jam 8.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Aktiviti diteruskan dengan acara Malam Kebudayaan yang bertemakan kemelayuan dan diakhiri dengan jamuan. Seterusnya program diteruskan lagi dengan Outdoor dan Majlis Penutupan yang bertempat di Hadiqoh Al-Azhar. Antara isi kandungan pengisian semasa out

Ibadah Setelah Haji.

Image
Mukadimah Alhamdulillah,  pada tahun ini iaitu pada 1439 H bersamaan 2018 masihi, acara manasik haji baru selesai. Sekarang sedang rancak jemaah haji pulang ke tanah watan masing-masing termasuk dari Malaysia. Semoga Allah mengurniakan kepada Jemaah haji semua dengan haji yang mabrur. Sepertimana nas hadis, haji mabrur adalah haji yang  mabrur adalah haji yang terzahir padanya tanda-tanda berikut : Suka menjamu makan Suka memberi salam Bual bicaranya penuh kebaikan Bahkan, Nabi saw menyifatkan bahawa haji yang mabrur adalah sebaik-baik jihad. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.anha. Beliau pernah bertanya kepada Rasulullah. Kata beliau : يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ أَفَلَا نُجَاهِدُ قَالَ لَا لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ Maksudnya :” Wahai Rasulullah, kami melihat  jihad adalah sebaik-baik amalan. Adakah perlu kami berjihad. Baginda saw bersabda “ Tidak, akan tetapi sebaik-baik jihad ial