LAPORAN SENANDUNG'18





Kaherah, 13 September 2018. Telah berlangsungnya program Senandung’18 yang betemakan “Terdidik Wanita, Terdidik Generasi” khusus buat pelajar akhawat BKPPPM. Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 13 September sehingga 15 September yang bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah antara mahasiswi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.

  Perjalanan program bermula pada jam 4.00 petang yang bermula dengan Majlis Perasmian kemudian diteruskan dengan Diskusi Kitab Tafsir Surah An Nur oleh Ustazah Syariza binti Ayub yang bertempat di Dewan Soleh Al Masri.

 Keesokannya 14 September 2018, Senandung’18 bermula dengan Usrah gabungan kemudian diteruskan dengan Indoor pada jam 8.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Aktiviti diteruskan dengan acara Malam Kebudayaan yang bertemakan kemelayuan dan diakhiri dengan jamuan.

Seterusnya program diteruskan lagi dengan Outdoor dan Majlis Penutupan yang bertempat di Hadiqoh Al-Azhar. Antara isi kandungan pengisian semasa outdoor adalah untuk memperkukuh thaqafah dalam kalangan mahasiswi bertepatan dengan pembawaan yang diPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir. Item Biah Solehah dalam mengkaji dan mendalami sejarah juga sangat ditekankan.

Dengan berakhirnya Majlis penutupan beerti Senandung’18 sudah pun melabuhkan tirainya. Senandung’18 menjadi platform bagi mengumpulkan seluruh mahasiswi Pulau Pinang serta menjadi medan menambah ilmu selaras dengan tuntutan agama. Senandung’18 berakhir dengan penuh gemilang dengan sambutan yang amat menggalakkan.

  Diharapkan agar semua mahasiswi dapat mengambil istifadah daripada ilmu yang diperolehi sepanjang Senandung’18 serta dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar ianya mampu memberi manfaat untuk ummah dan agama.

Disediakan Oleh: Setiausaha dan Unit Promosi Senandung'18

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL