Posts

Showing posts from July, 2022

LAPORAN PROGRAM CAPACITY BUILDING MAHASISWA MALAYSIA MESIR

Image
  WISMA PAHANG BAHARU, HAYYU SABIEK- 23 JULAI dan 24 JULAI 2022 : Program Capacity Building Mahasiswa Malaysia di Mesir yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan BKPPPM. Dengan ini, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir berbesar hati dengan program yang diadakan dengan kerjasama daripada wakil Malaysia. Program ini telah diadakan selama dua hari bermula 23 Julai dan 24 Julai 2022. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir tentang penjanaan ekonomi di Malaysia dan merapatkan lagi hubungan antara BKPPPM dengan wakil USM dan ICU. Program ini bermula pada tanggal 23 Julai iaitu yang dimulakan dengan majlis perasmian daripada En. Muhamad Khairi bin Abdullah, pengarah Education Malaysia Egypt (EME). Kemudian diteruskan lagi dengan pengisian yang sangat menarik iaitu yang pertama Pembangunan Kepimpinan Mahasiswa Berwawasan Ma

MINDA PIMPINAN | KEMULIAAN PADA AKHLAK

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam dan tanda keimanan seseorang. Akhlak mulia yang dimiliki seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Jika sebaliknya maka tidak akan dipercepatkan hisabnya.  عن أَبِي الدَّرْدَاءِ يَبْلُغُ بِهِ مَنْ أُعْطِيَ حَظَّهُ مِنْ الرِّفْقِ أُعْطِيَ حَظَّهُ مِنْ الْخَيْرِ وَلَيْسَ شَيْءٌ أَثْقَلَ فِي الْمِيزَانِ مِنْ الْخُلُقِ الْحَسَنِ Maksudnya: Dari Abu Darda’ dan dia sampaikan (kepada Nabi), bahwaa beliau bersabda: “Barangsiapa diberikan kepadanya bahagian dari kelembutan, bererti telah diberikan kepadanya bahagian dari kebaikan, dan tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari Kiamat) daripada akhlak yang baik.”  (Hadis Riwayat Ahmad). Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW yang wajar kita turuti.  Sabda Rasulullah SAW : إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلاَق “Hanyalah aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”  (Hadis Riwayat Bukh

MINDA PIMPINAN | BERSYUKUR DALAM KESENANGAN, BERSABAR DALAM KESULITAN

Image
  BERSABAR DAN SYUKUR : ANDAI GUGUR SALAH SATUNYA? ‘BERSYUKUR DALAM KESENANGAN, BERSABAR DALAM KESULITAN’   MERUPAKAN ANTARA BUKTI KESEMPURNAAN IMAN SESEORANG HAMBA. ABDULLAH BIN MAS’UD BERKATA : “IMAN ITU TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN : SEBAHAGIANNYA ADALAH SABAR DAN SEBAHAGIAN LAIN ADALAH SYUKUR”. DARI SHUHAIB BIN SINAN RADHIALLAHU’ANHU BERKATA, RASULULLAH S.A.W BERSABDA : MAKSUDNYA : “ALANGKAH MENGAGUMKAN KEADAAN ORANG YANG BERIMAN, KERANA SEMUA KEADAANNYA (MEMBAWA) KEBAIKAN (UNTUK DIRINYA), DAN INI HANYA ADA PADA SEORANG MUKMIN. JIKA DIA MENDAPATKAN KESENANGAN DIA AKAN BERSYUKUR, MAKA ITU ADALAH KEBAIKAN BAGINYA, DAN JIKA DIA DITIMPA KESUSAHAN DIA AKAN BERSABAR, MAKA ITU ADALAH KEBAIKAN BAGINYA.” {HR MUSLIM} KEHIDUPAN SEORANG MUKMIN SELURUHNYA BERNILAI PAHALA DAN KEBAIKAN DI SISI ALLAH SWT, SAMADA DALAM KONDISI SENANG ATAU SUKAR. DALAM DUA KEADAAN INI MEMBUKTIKAN SEORANG HAMBA YANG SENTIASA REDHA DALAM SEGALA KETENTUAN TAKDIR ILAHI, SEHINGGAKAN KESUSAHAN DAN MUSIBAH YANG MENIMPA