Posts

Showing posts from February, 2021

HUKUM SOLAT DILUAR MASJID

Image
SOALAN ; Di tempat saya ada jemaah yang mengerjakan solat jumaat di luar masjid seperti di kawasan lapang di belakang dan di tepi banggunan masjid kerana hanya bilangan yang terhad sahaja bolih solat di dalam masjid sebab peraturan SOP. Adakah sah solat mereka? Adakah patut dikunci pagar masjid setelah jemaah sudah memenuhi di dalam masjid atau dibiarkan terbuka supaya orang dapat solat di dalam halaman masjid? Dan apakah sah solat orang safnya terputus dengan orang lain sebab ada tiang masjid disitu?  JAWAPAN : SYARAT SAH MAKMUM MENGIKUT IMAM Jika makmum dan imam sama-sama berada dalam satu banggunan seperti masjid maka disunatkan makmum berdiri pada jarak tidak lebih tiga hasta dari orang yang dihadapannya. Contohnya ketika solat itu dikerjakan hanya ada seorang imam dan tiga orang makmum maka hendaklah makmum yang tiga orang itu berbaris dibelakang imam dengan jarak tiga hasta. Akan tetapi jika ketiga-tiga makmum itu berbaris jauh dari imam seperti imam berada di bahagian hadapan ma