Posts

Showing posts with the label PENDIDIKAN

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Image
Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden Oleh : Nurhannani Husna Binti Shaidan         Menurut Kamus Dewan Edisi Empat teknologi merujuk kepada aktiviti atau kajian yang menggunakan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan sebagainya. Dalam pada itu, teknologi ini juga membawa maksud kaedah atau proses menangani sesuatu permasalahan elektronik yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat telekomunikasi misalnya teknologi komputer dan komunikasi yang berasaskan kajian saintifik termaju seperti peralatan elektronik yang canggih. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak kemajuan teknologi seiring pembangunan yang gah di persada dunia. Namun demikian, kita acap kali tersentak dengan permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri yang tidak bertanggungjawab dalam penyalahgunaan teknologi. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang menjadi fokus perbinc...

Kepentingan Ilmu Eskatologi Terhadap Mahasiswa/wi

Image
Kepentingan Ilmu Eskatologi Terhadap Mahasiswa/wi Oleh : Muhammad Al Haziq Bin Azhar                  Umum mengetahui bahawa ilmu eskatologi tidak lagi asing dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam era yang serba canggih ini. Eskatologi berasal dari Bahasa Yunani iaitu echatos yang memberi makna pengakhiran. Hal ini tidak janggal dalam setiap agama kerana setiap agama mempercayai dan mengakui tentang ada dan wujudnya satu hari yang dinamakan hari pengakhiran bagi umat manusia. Terdapat banyak kepentingan yang perlu diambil cakna oleh mahasiswa terhadap ilmu eskatologi ini. Ayuh kita kupaskan hingga ke akar umbi.       Antara kepentingan ilmu eskatologi terhadap mahasiswa ialah dapat menghindarkan diri daripada terjerumus dalam tipu daya musuh. Hal yang demikian kerana, ilmu ini memberi pendedahan tentang aspek-aspek atau cabang-cabang  tipu daya yang direka dan diolah oleh musuh Islam. Sebagai contoh ...

Minda Pimpinan | Salah Faham Konsep Tawakal Sempena Imtihan

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قالوا سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم، رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي. أما بعد  Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam yang mengajar manusia dengan pena dan mengajar manusia erti perjuangan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat. Selawat kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat iman dan Islam dan masih diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 159 : فَاِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الۡمُتَوَكِّلِيۡنَ … Maksudnya : “Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah b...

LAPORAN PROGRAM MINGGU THAQAFAH : FACULTY `18 (FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI) BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR

Image
                     21 Julai 2018, KAHERAH, Program Minggu Thaqafah yang diberi nama FACULTY'18 (Fiesta Conference Of Thaqafi)  bertemakan "Way Of Thinking In Islam" telah melabuhkan tirainya. Program Minggu Thaqafah pada tahun ini telah berlangsung selama 5 hari, bermula dari   17 Julai sehingga 21 Julai 2018 di   Dewan Soleh Al-Masri. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan dan memberikan kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Islam akan bahayanya serangan pemikiran, disamping dapat mengukuhkan hubungan yang terjalin antara ahli-ahli BKPPPM, seterusnya menjayakan dua pembawaan Yang Dipertua BKPPPM 17/18 iaitu Thaqafah dan Fikrah. Wacana : Asal Usul Ideologi Pada 17 Julai, FACULTY '18 telah membuka tirainya dengan ucapan pengerusi majlis dan kalam daripada pengarah program, Ustaz Muhammad Syahir Bin Abd Rahman, dan seterusnya FACULTY '18 telah dirasmikan oleh saudara Dr. Muhamad Iman Bi...

MINDA PIMPINAN | KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM KEHIDUPAN

Image
بسم الله الرحمن الرحيم KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM KEHIDUPAN Alhamdullah, segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T tuhan yang Esa, tuhan yang mentadbir seluruh alam dengan sendiri-sendirinya, selawat dan salam keatas manusia teragung Nabi Muhammad S.A.W, sang pemberi syafaat kepada seluruh umatnya pada hari akhirat .kelak Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T, dihidupkan dan diberi tempat  tinggal diatas muka bumi yang terdampar luas, terdapat pelbagai keajaiban, keindahan serta kenikmatan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T didunia ini untuk manusia hidup diatasnya buat sementara waktu sebelum menjelangnya hari kiamat. Sudah semestinya, bagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini, manusia tidak terlepas daripada memerlukan ilmu pengetahuan, bagi memenuhi keperluan asas dan menyerikan lagi  kehidupan. Antara keperluan asas yang diperlukan oleh manusia ialah pendidikan. Pendidikan merupakan satu keperluan asas yang sangat penting bagi manusi...

HAMBA PEPERIKSAAN

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, Pertamanya, marilah kita panjatkan puji syukur kehadrat ilahi   yang telah memberikan kita beribu-ribu kenikmatan, baik nikmat iman   dan islam ataupun nikmat sihat, yang mana sehingga pada   hari ini kita dapat bernafas tanpa ada sebarangan halangan. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad   S.A.W, penutup bagi segala para Nabi dan Rasul. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peperiksaan membawa maksud ujian untuk menentukan kebolehan dan kepandaian seseorang. Dalam sistem pendidikan Mesir yang berorientasikan peperiksaan, peperiksaan bukanlah sesuatu yang baru. Peperiksaan telah pun wujud sejak Zaman Jahiliyah lagi dan merupakan kayu ukur untuk menentukan kedudukan seseorang. Kini, semua institusi pendidikan termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah, madrasah dan juga universiti telah mewajibkan peperiksaan  bagi menentukan kelayakan ke peringkat seterusnya. Peperiksaan merupa...

AURAT : PENJAGAAN ATAU PERDAGANGAN ?

Image
Aurat : Penjagaan atau Dagangan AURAT : PENJAGAAN ATAU PERDAGANGAN ?       Segelintir muslim hari ini gagal menutup aurat mengikut   kriteria-kriteria yang digariskan oleh Islam. Arus fesyen yang "up to date" menyebabkan masyarakat mengambil mudah akan aurat sehingga ada yang mengabaikannya. Oleh itu, sebagai muslim yang sejati, kita wajib mengikuti corak kehidupan Isam yang sebenar. Apa itu aurat?           Definisi aurat dari aspek penggunaan dalam ilmu Fiqh bermakna setiap anggota yang diharamkan oleh Allah SWT untuk didedahkan atau dibuka di hadapan orang yang tidak dibenarkan melihat auratnya. Hikmah besar Allah mengharamkan pendedahan aurat di hadapan orang lain kerana ia akan menjatuhkan darjat dan maruah manusia, seolah-olah menyamakan manusia dengan binatang yang tiada perasaan malu dan lansung tidak berpakaian. Hukum menutup aurat       ...