LAPORAN PROGRAM MINGGU THAQAFAH : FACULTY `18 (FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI) BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR
21 Julai 2018, KAHERAH, Program Minggu Thaqafah yang diberi
nama FACULTY'18 (Fiesta Conference Of Thaqafi)
bertemakan "Way Of Thinking In Islam" telah melabuhkan
tirainya.
Program Minggu Thaqafah pada tahun ini telah berlangsung
selama 5 hari, bermula dari 17 Julai
sehingga 21 Julai 2018 di Dewan Soleh
Al-Masri. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan dan memberikan
kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Islam akan bahayanya serangan
pemikiran, disamping dapat mengukuhkan hubungan yang terjalin antara ahli-ahli
BKPPPM, seterusnya menjayakan dua pembawaan Yang Dipertua BKPPPM 17/18 iaitu
Thaqafah dan Fikrah.
Wacana : Asal Usul Ideologi |
Pada 17 Julai, FACULTY '18 telah membuka tirainya dengan
ucapan pengerusi majlis dan kalam daripada pengarah program, Ustaz Muhammad
Syahir Bin Abd Rahman, dan seterusnya FACULTY '18 telah dirasmikan oleh
saudara Dr. Muhamad Iman Bin Fadzil selaku penasihat BKPPPM sesi 2017/2018.
Majlis diteruskan dengan pengisian yang pertama iaitu wacana yang bertajuk ‘Asal
Usul Ideologi’ yang dikelolai oleh Saudara Muhammad Zulhaniff Bin Mohamed Anas
selaku moderator dan Ustaz Mohd Sharul Bin Malik selaku penyampai Wacana pada
majlis tersebut .
Pada hari yang berikutnya, 18 Julai 2018, FACULTY'18 meneruskan agenda program pada hari kedua dengan
menganjurkan pertandingan pidato di Asrama
Pulau Pinang. Pertandingan tersebut berlangsung selepas solat asar
bertempat di syaqqah 10 bagi ikhwah, manakala bagi akhawat bertempat di Dewan
Soleh Al-Masri BKPPPM. Di sebelah malamya, telah berlangsung kelas tafaqquh Madrasah Al-Imam Abdullah Ibnu
Mubarak (MAIM) membahaskan kitab "تعليقات
عبدالسلام على جوهرة التوحيد " yang disampaikan oleh Syeikh
Habibullah Hassan Ahmad bertempat di Musolla Wisma Sultan Muhammad V, Hayyu
Sabik anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri.
![]() |
Pertandingan Pidato |
19 Julai 2018, pada jam 8 malam berlangsungnya Ceramah
Liberalisme dan Sekularisme yang disampaikan oleh Saudari Dr. Nur Syazwin Binti
Muhammad Shukri (Mahasiswi PERUBATAN tahun 6, Universiti Kaherah) di Dewan
Soleh Al-Masri BKPPPM. Pada keesokkan harinya, FACULTY'18 meneruskan tentatif
program pada hari keempat di sebelah malam dengan Diskusi Kitab yang bertajuk
"Fahaman Dan Ideologi Umat Islam" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd
Jasry Raimy Bin Johari (Ajk Penasihat BKPPPM sesi 2017/2018) juga bertempat di
Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM.
21 Julai 2018, FACULTY '18 telah mengadakan aktiviti outdoor
pada waktu pagi bertempat di padang
Futsal Arena Champion, Hayyu Safarat bagi ikhwah, manakala bagi akhawat pula, di rumah sewa
ahli sekitar premis BKPPPM. Tentatif program diteruskan pada jam 8 malam dengan
diadakan Talkshow "Isu Semasa Dan
Tindakan" yang menampilkan dua ahli panel iaitu Dr. Ahmad Shahir Bin Ahmad
Jalaludin yang merupakan Presiden PERUBATAN
sesi 2018/2019 dan Ustazah Sofia Alwani Binti Ali ( tahun 4 kuliah
Bahasa Arab Universiti Al-Azhar) . Talkshow tersebut dikendalikan oleh
moderator Saudari Nurul Syahirah Binti Ahmad Rajli.
Usai Talkshow, majlis diteruskan dengan majlis penutupan
FACULTY '18 dengan ucapan penutupan oleh timbalan pengarah Ustazah Khairunnisa
Binti Saidon. Selepas daripada itu, FACULTY '18 menyampaikan hadiah bagi
pertandingan pidato dan pemenang kuiz program serta hadiah bagi setiap kumpulan
ikhwah dan akhwat.
Majlis berakhir dengan tayangan video yang terpilih daripada
setiap kumpulan ikhwah dan akhawat dan juga video sepanjang program.
Semoga FACULTY ’18 yang telah berlangsung selama 5 hari ini dapat memberi kesedaran kepada semua
mahasiswa dan mahasiswi akan bahayanya
serangan pemikiran dan ideologi yang bercanggah dengan Islam disamping memahami
isu- isu semasa dengan lebih terperinci agar tidak menjadikan fahaman yag
songsang sebagai ikutan mahupun anutan.
Disediakan Oleh : Setiausaha FACULTY `18 (Fiesta Conference Of Thaqafi)
Badan Kebajikan
Pelajar Pulau Pinang Mesir
Comments