Posts

Showing posts from December, 2022

MINDA PIMPINAN | SATU UMAT SATU KIBLAT

Image
SATU UMAT SATU KIBLAT بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف انبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه ومن تبعه باحسان الى يوم الدين , اما بعد .    Persatuan umat islam merupakan salah satu maqasid syariah yang penting dalam agama Islam . Maka , telah menjadi tanggungjawab individu untuk bergerak bersama dalam satu jemaah untuk membawa satu tujuan yang sama iaitu tegaknya islam secara kaffah. Hal ini kerana Al-Quran dan Hadis sentiasa menyeru kepada umat Islam supaya hidup dalam bingkai jamaah . Sebagaimana dalam Firman Allah SWT :    اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِهٖ صَفًّا كَاَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ    “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh’’         (surah As-saff :4)    Ayat ini menunjukkan kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman . Apabila mereka berbaris dengan teratur menghadapi musuh-

MINDA PIMPINAN | ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Image
ERTI SEBUAH PENGORBANAN Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Erti Pengorbanan Pengorbanan berasal dari kata korban, sedang korban sendiri merupakan kata yang berasal dari bahasa Arab yaitu dari; qaruba (قَرُبَ) yang bermaksud Dekat Sedangkan menurut istilah bererti merelakan sesuatu yang berharga sama ada harta, tenaga bahkan nyawa untuk diberikan kepada sesuatu yang kita cintai demi meraih kedekatan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Quran Surah At Taubah ayat 99; وَمِنَ ٱلْأَعْرَابِ مَن يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَيَتَّخِذُ مَا يُنفِقُ قُرُبَـٰتٍ عِندَ ٱللَّهِ وَصَلَوَٰتِ ٱلرَّسُولِ ۚ أَلَآ إِنَّهَا قُرْبَةٌۭ لَّهُمْ ۚ سَيُدْخِلُهُمُ ٱللَّهُ فِى رَحْمَتِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ (٩٩) (AT-TAUBAH 9:99) Di antara orang-orang Arab Badwi itu ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah) itu, sebagai jalan untuk mendekatkannya kepada Allah dan seba