MINDA PIMPINAN | SATU UMAT SATU KIBLAT

SATU UMAT SATU KIBLAT

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف انبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه ومن تبعه باحسان الى يوم الدين , اما بعد . 
 
Persatuan umat islam merupakan salah satu maqasid syariah yang penting dalam agama Islam . Maka , telah menjadi tanggungjawab individu untuk bergerak bersama dalam satu jemaah untuk membawa satu tujuan yang sama iaitu tegaknya islam secara kaffah. Hal ini kerana Al-Quran dan Hadis sentiasa menyeru kepada umat Islam supaya hidup dalam bingkai jamaah . Sebagaimana dalam Firman Allah SWT : 
 
اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِهٖ صَفًّا كَاَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ 
 
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh’’       
 (surah As-saff :4) 
 
Ayat ini menunjukkan kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman . Apabila mereka berbaris dengan teratur menghadapi musuh-musuh Allah dalam medan pertempuran ,mereka juga berperang di jalan Allah menentang orang orang yang kafir terhadap Allah agar kalimah Allah lah yang tertinggi dan agamaNya yang menang dari agama- agama lain .  
 
Rasulullah SAW pernah bersabda : “Berdua lebih baik dari sendiri, bertiga lebih baik dari berdua ,berempat lebih baik dari bertiga maka hendaklah kalian tetap Bersama jama’ah kerana sesungguhnya tidak akan mengumpulkan umatku kecuali atas sabuah petunjuk. ” 
 
Ayat Al-Quran dan hadis ini menunjukkan betapa pentingnya kesatuan antara umat islam itu dalam membentuk satu barisan yang kukuh . Barisan yang dimaksudkan itu bukan hanya sekadar membentuk sebuah barisan sahaja malah yang ditekankan di sini adalah di mana hati mereka saling bersatu dalam menegakkan Islam dalam segala perkara .  
 
Persatuan yang dikehendaki dalam agama Islam adalah persatuan berlandaskan akidah , manhaj , dakwah , jihad dan berpegang teguh kepada Al-Quran dan sunnah menurut pemahaman salafus soleh . Dengan adanya persatuan , umat Islam dapat mewujudkan sasaran besarnya iaitu menegakkan Daulah Islamiyah. Yang mana terdapat di dalamnya Wehdah sebagai simbol kekuatan dan ia berlawanan dengan Tafarruq iaitu simbol kelemahan . Sepertimana yang kita tahu ,musuh-musuh Islam tidak akan berhenti mencari jalan untuk menghalang dari adanya sebuah kesatuan umat islam . Tanpa penyatuan hati umat Islam yang jitu , hal ini akan memudahkan berlakunya perpecahan dan matlamat mereka tercapai . Apabila umat Islam bersatu, maka musuh musuh Islam akan gerun kerana mereka merasa takut melihat kekuatan umat Islam . Hal ini terbukti dalam tinta sejarah yang mana Islam menjadi trendsetter selama 13 abad lamanya hampir tiga perempat dunia sejak zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin hingga khilafah Uthmaniyah. Kekuatan ini menjadi mimpi buruk bagi negara Barat terutamanya Israel . 
 
Sahabat sahabiah yang dikasihi Allah sekalian ,  
 
Dalam mencapai sebuah kesatuan Ummah itu , pertamanya kita seharusnya meningkatkan kualiti ukhuwah dalam kalangan umat Islam itu sendiri . Bilamana kita bicarakan tentang kebangkitan Islam , mahu tidak mahu kesatuan hati itu perlu dibina melalui nilai persaudaraan yang mana ia sangat dituntut dalam islam . Sepertimana yang kita ketahui bahwa ukhuwah yang terbina di atas keimanan yang jelas akan melahirkan sebuah kekuatan yang tak terjangkau dek akal .  
Kita boleh ambik ibrah dari Perang Badar ,yang mana bilangan tentera muslimin ketika itu hanya sedikit sebanyak 313 orang mampu mengalahkan 1000 orang tentera musyrikin Makkah . Mereka mungkin tidak mampu untuk menang jika tiada ukhuwah yang mantap dan saling percaya antara satu sama lain . Dalam Al-Quran jugak Allah ada menegaskan tentang sifat orang yang beriman itu adalah bersaudara . 
Allah SWT berfirman : 
 
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 
Mafhumnya : “ Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara , maka perdamaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah dan bertakwalah kamu kepada Allah , moga-moga kamu mendapat rahmat ”
Yang keduanya,hindari perselisihan dan perbedaan pendapat yang membawa kepada perpecahan. Dalam mencegah terjadinya perselisihan pendapat sekaligus bagi menjaga persatuan umat islam ,Rasulullah mengajak umatnya untuk menghindari perdebatan sekalipun berada dalam posisi yang benar . Malah , Allah menjanjikan rumah di syurga bagi orang yang menghindari perdebatan sekalipun pada posisi yang benar .Jika berlaku perbedaan pendapat , Allah mengajar kita untuk mengembalikannya semula kepada Allah dan rasul-Nya. Tambahan pula, Nabi Muhammad SAW ada tinggalkan kepada kita 2 pedoman hidup iaitu berpandukan Al-Quran dan As-sunnah.Oleh itu,kita mestilah mempelajari dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian . Dengan niat yang ikhlas supaya Allah memberi kemudahan dan dapat mendatangkan manfaat buat kesatuan umat Islam . 
 
Seterusnya, kita mestilah menyadari bahwa menjaga kesatuan itu hukumnya wajib . Bilamana kesedaran itu ada dalam diri individu muslim maka ia akan menjadi kekuatan untuk seseorang itu tidak bertindak melakukan sesuatu sehingga menimbulkan perpecahan . Dan juga akan timbulnya rasa bersalah sekiranya pendapatnya menyebabkan perpecahan berlaku. Untuk itu ,Islam telah menggariskan beberapa manhaj dalam membina sesuatu kesatuan antaranya adalah berukhuwah dengan iman ,berpegang teguhlah pada tali Allah yakni agama Islam , bertaaruf ,hidup dalam kasih sayang dan menjauhi budaya bantahan dan permusuhan . 
Bertepatan dengan sabda Nabi SAW : perumpamaan bagi orang yang beriman dalam berkasih sayang dan belas kasihan seperti satu tubuh , apabila kepala sakit maka seluruh tubuh tidak boleh tidur dan demam. (HR Muslim)  
Dalam ayat di atas mengingatkan kita bahwasanya mempersatukan ummat itu adalah satu usaha yang besar yang mana perlukan kepada proses panjang dan rumit .Oleh itu, kesabaran sangat penting sepanjang proses itu . Buah dari usaha tersebut tidak akan muncul dengan segera . Sebagaimana kita lihat ,satu benih pohon yang menumbuhkan pokok,batang, ranting,bunga,kemudian barulah berbuah . 
Dalam kita membawa suatu perpaduan umat ,mari kita telesuri dahulu kisah ukhuwah,kesatuan serta perpaduan yang terjalin antara golongan Muhajirin dan Ansar yang mempunyai nilai ukhuwah yang tinggi dan erti perpaduan yang diasaskan atas nama iman yang sebenar . Mempersaudarakan kedua golongan ini adalah salah satu strategik Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah islam di Madinah . 
Untuk akhir kalam, sekali lagi ditegaskan dan ini sebagai peringatan kepada seluruh Al-Hawariyyun di luar sana untuk sama-sama bersiap sedia menyahut seruan perjuangan Islam bagi menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini . Jika bukan kita penerus risalah nabi, siapa lagi ? tanya diri dan renung-renungkan . Hal ini kerana , Kita adalah pemuda/di yang merupakan sosok penting bagi menggerakkan kesatuan islam . Teringat kalam masyhur As-Syahid Hassan Al-Banna : “Sesungguhnya aku merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah’’ kalau kita lihat zaman sekarang , kurang anak muda yang aktif dalam persatuan islam yang sedia ada . Cuma segelintir kelompok yang ada kesedaran itu .  
cuba refleksi diri sekejap…. 
Bagaimana kita selami dan hayati makna perjuangan Baginda SAW serta para sahabat ? 
Apa ja yang kita dah buat untuk islam ?  
Adakah cukup apa yang kita buat untuk bantu agama kita ? 
Saya tinggalkan dengan untaian kata Mutiara yang penuh makna dari khalifah Umar bin Al-Khattab iaitu “ Tidak ada Islam akan sempurna pengamalannya kecuali dengan jama’ah ”  
 
Wallua’alam . 
 
 
……………………………………………………… 
Nur Ezzatulhusna binti Noor Mohamad Darmasakti 
(Timbalan Lajnah Ekonomi Sesi 2022/2023) 
 
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan” 
“Ukhuwah Dipateri, Thaqafah Diamati” 
 
#BKPPPM_KeluargaKita 
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL