Posts

Showing posts from January, 2011

Wakil PMRAM Ke Pejabat Rasmi Ketua Menteri Melaka

Image
MELAKA, 24 Januari - Wakil PMRAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman telah melakukan kunjungan ke kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam. Turut bersama ialah Saudara Labib Abdul Jalil, Mantan Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2009 dan Saudara Amaluddin, mantan Naib Setiausaha Agung PMRAM 2009. Kunjungan tersebut hadir seawal jam 8.00 pagi di tempat kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Melaka. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi menyerahkan surat penjelasan mengenai tuduhan dikenakan ke atas PMRAM ketika lawatan rasmi Dato Seri Ali Rustam ke Mesir bagi merasmikan wisma baru Melaka baru-baru ini. Namun perjumpaan tersebut terpaksa ditunda ekoran Dato Seri terpaksa menghadiri mesyuarat khas berikutan keja bagi pengurusan suruhanjaya pilihanraya ekoran kematian ADUN Merlimau, Dato Mohamad Hidhir pada hari Jumaat baru-baru ini. Dan juga Dato Seri dijadualkan akan ke Tenang selepas daripada mesyua

Rumah Mewah di Perancis dimiliki anak Ben Ali yang berusia 6 tahun?

Image
Surat khabar " Le Figaro " Perancis melaporkan bahawa iseteri bekas Presiden Tunisia yang digulingkan , Leila Trabelsi telah membelikan anaknya yang masih berusia enam tahun beberapa perumahan mewah di Perancis dan didaftarkan atas nama anaknya . Menurut surat kabar itu Leila Trabelsi pada September lalu telah berkunjung ke Perancis untuk pembelian sebuah rumah mewah di jalan " Foch " , yang terletak di litar 16 , untuk anaknya yang bernama Muhammad Zainal Abidin , di beri gelaran oleh media " Maharaja dari keluarga kecil . " Untuk memastikan masa depan anaknya tersebut , Leila juga membeli sebuah stadium sukan untuk musim sejuk . Selain itu Muhammad Zainal Abidin dibelikan dua villa mewah di kawasan pantai yang sangat berprestij , Cote d' Azur di kawasan-kawasan Perancis Selatan , yang merupakan salah satu daerah perlancongan yang paling b

Perbahasan Ucapan Lazim Agama Islam Oleh Orang Kafir

Image
Muqaddimah Mutakhir ini ramai daripada kalangan orang bukan Islam menggunakan perkataan yang terkandung nama Allah dan ayat-ayat Allah dalam perbualan harian mereka. Ucapan seperti Alhamdulillah, InsyaAllah dan sebagainya seperti sudah menjadi kebiasaan bagi mereka terutama ketika berjumpa atau berbual dengan rakan mereka yang beragama Islam. Islam Agama Fitrah Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan : حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ يُصَلَّى عَلَى كُلِّ مَوْلُودٍ مُتَوَفًّى وَإِنْ كَانَ لِغَيَّةٍ مِنْ أَجْلِ أَنَّهُ وُلِدَ عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ يَدَّعِي أَبَوَاهُ الْإِسْلَامَ أَوْ أَبُوهُ خَاصَّةً وَإِنْ كَانَتْ أُمُّهُ عَلَى غَيْرِ الْإِسْلَامِ إِذَا اسْتَهَلَّ صَارِخًا صُلِّيَ عَلَيْهِ وَلَا يُصَلَّى عَلَى مَنْ لَا يَسْتَهِلُّ مِنْ أَجْلِ أَنَّهُ سِقْطٌ فَإِنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ يُحَدِّثُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأ

Perbahasan Hukum Menyanyi dan Menggunakan Alatan Muzik

Image
Muqaddimah Dewasa ini, kita melihat ramai di kalangan umat Islam yang mengambil pelbagai alatan muzik sebagai hiburan. Ada di antaranya yang dibenarkan Islam dan sebahagian yang lain adalah dilarang. Namun, masih ramai yang tidak menyedari akan penggunaan alatan ini dari sudut pandangan agama. Di sini, kita akan menghuraikan perbahasan para ulama’ tentang alatan muzik bertali (gitar, biola, dsb) yang telah diguna pakai masyarakat hari ini. Nyanyian dan Alatan Muzik Secara Umum Para ulama' mengambil dalil Al-Quran dan As-Sunnah bagi menghuraikan permasalahan ini. Sebelum itu, kita cuba mengenal antara alatan muzik yang banyak digunakan pada masa sekarang. Perkataan (المعازف) yang merupakan kata ramai(jama') kepada المعزفة iaitu alatan muzik yang merangkumi jenis-jenis berikut : a) Alatan muzik yang dipukul dan dipalu : • الدف : Kompang yang mempunyai satu permukaan serta diikat dengan kulit. • الطبل أو الكبار : Gendang yang mempunyai dua kompa

Hukum Bersalaman Antara Lelaki Dengan Perempuan

Image
Pendahuluan Para sahabat, para ulama’ salaf dan ulamak kontemporeri telah berselisih mengenai hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabiah (bukan mahram). Perselisihan yang terbit daripada masalah ini berpunca daripada perbezaan dalam nas hadis serta al-athar (الأثر). Situasi ini akan dibahaskan dengan terperinci pada tiga bahagian : • Perbahasan pertama mengenai pandangan ulama’ mengenai hukum bersalaman antara lelaki dengan perempuan, beserta dalil daripada sunnah, dan sedikit kesimpulan mengenai masalah ini. • Perbahasan kedua mengenai keraguan yang terdapat dalam hukum keharusan berjabat tangan dengan perempuan serta jawapan kepadanya. • Pandangan ulama’ mengenai hukum berjabat tangan dengan perempuan tua. Bahagian Pertama : Pandangan Ulama’ Mengenai Hukum Bersalaman Antara Lelaki Dengan Perempuan Kebanyakan ulama’ membahaskan hukum berjabat tangan dengan perempuan dengan menyamakan dengan hukum pandangan antara lelaki dan perempuan melal