Posts

Showing posts from January, 2013

Purdah Dan Niqab : Adakah Sekadar Fesyen?

Image
Entri kali ini penulis berasa terpanggil untuk membicarakan perkara yang berkaitan serba sedikit mengenai purdah / niqab / penutup muka dan sebagainya yang kini kian menjadi tarikan terhadap para wanita untuk mengamalkannya. Sebelum meneruskan apa jua pandangan dan kritikan, ingin sekali penulis ketengahkan ayat-ayat Al-Quran sebagai pemula bicara. Moga hati-hati yang membacanya dapat menela'ah apa yang tersirat pada setiap tafsiran ayat ini.  "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab ayat 59) Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata, "Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan,

HIMPUNAN RAKYAT : Pendapat Ulama dan Keharusannya

Image
HIMPUNAN RAKYAT : Pendapat Ulama dan Keharusannya Sudah menjadi kebiasaan di dalam sebuah negara maju dan yang mempunyai rakyat berkesedaran tinggi menjadikan himpunan umum atau demonstrasi sebagai cara menyuarakan pendirian mereka. Lebih-lebih lagi berdemonstrasi dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi selagi berlangsung dengan aman dan tidak menyebabkan huru-hara dalam negara.  Rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran tinggi tentang keadilan dan hak, mereka juga tidak ketinggalan mengadakan beberapa siri perhimpunan umum untuk menegur golongan pemerintah. Islam juga menyarankan konsep "amar makruf nahi mungkar" hatta kepada pemerintah sekiranya tidak berlaku adil. Persoalannya, adakah menegur pemerintah dengan cara ini dibenarkan dalam Islam? Atau cara ini ditegah hanya kerana diceduk dari pengamalan masyarakat Barat yang tidak beragama Islam? Persoalan ini harus segera dijawab lebih-lebih lagi ia sudah menjadi amalan masyarakat di kebanyakan negara lebih-lebih l

NIDA` DAKWAH : FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA IBADAH YANG SAHIH

Image
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA IBADAH YANG SAHIH 1. Menghadirkan niat dalam setiap perkara yang dikerjakan. 2. Menanam iman di dalam hati dengan beramal dan fokus terhadap ibadah yang khusus. 3. Berusaha mendapatkan rahsia-rahsia ibadah dan mengambil berat dengan pekara batin seperti mengambil   berat akan perkara zahir. 4. Memelihara perkara-perkara sunat dalam wudhuk , taharah ,puasa , sedekah dan lain-lain. 5. Mempelajari awal bab dari Fiqh Sunnah. 6. Membaca kitab- kitab mengenai tazkiyah(penyucian hati). 7. Sentiasa mengingati mati. 8. Sentiasa bermuhasabah diri. 9. Solat di awal waktu. 10. Melazimi solat Jemaah di masjid terutama pada waktu Subuh dan Isyak. 11. Melazimi zikir selepas solat. 12.Melazimi Al-Mathurat pada waktu pagi dan petang. 13.Melazimi membaca Al-quran pada setiap hari(satu juz’). 14.Melazimi solat sunat witir , rawatib dan dhuha. 15.Melazimi puasa pada hari Isnin dan Khamis atau tiga hari pada setiap bulan iaitu 13-14 -15. 16.Beristighfar , berselawat

MUTIARA THAQAFI : AGENDA YAHUDI TERHADAP ISLAM

Image
AGENDA YAHUDI TERHADAP ISLAM William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas Perdana Menteri Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan,"Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan. Arnold Toynbee, menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur bolehjadi akan bangkit.” Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “Pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-

Bulan SAFAR : Antara Islam dan Jahiliyyah

Image
Dalam menyelusuri kehidupan sehari-hari, jarang dikalangan kita mengambil berat tentang bulan-bulan Islam atau lebih dikenali dengan Bulan Hijrah. Keadaan sebegini secara halus akan menyebabkan kita lupa dengan hari-hari bersejarah dalam Islam sehingga rasa cinta dan sayang yang perlu ditanam kedalam hati-hati semakin hari makin menghilang. SAFAR (ﺻﻔﺮ ) dari sudut bahasanya membawa erti "kosong". Ianya juga bermaksud "tiupan angin". Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan ketika itu adalah waktu berangin. Dari segi istilahnya bulan Safar membawa erti "bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang dan melakukan serangan serta menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka". PERISTIWA BERSEJARAH BULAN SAFAR 1. Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid. Ia berlaku sebelum Baginda s.a.w. dilantik menjadi Rasul. Khadijah antara individu yang menjadi tulang belakang