Posts

Showing posts from December, 2010

BKAN Dan DPM Digesa Untuk Lakukan Solat Hajat Pada Malam Ini

Image
Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini, melalui Setiausaha Agungnya, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan menggesa seluruh peringkat PMRAM Cawangan BKAN dan DPM untuk mendirikan solat hajat di tempat masing-masing. Antara inti yang perlu dimasukkan di dalam solat hajat itu nanti antarannya ialah: 1) Ikhlas kerana Allah Taala. 2) Untuk kejayaan di dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. 3) Mendoakan agar diselamatkan BKAN Melaka iaitu Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). 4) Mendoakan agar PMRAM dijauhkan dari sebarang fitnah-fitnah liar. Tarikh yang disarankan untuk melakukan solat hajat, ialah pada hari ini, 29 Disember 2010 bersamaan dengan 23 Muharram 1432H. Oleh itu, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli dapat mendirikan solat sunat hajat untuk beberapa tujuan yang telah disebutkan seperti di atas. sumber:http://pmram.org

PMRAM Ucap Tahniah Kepada Saudara Mohd Zulkifli Abd Ghani, Master Al-Azhar Usuluddin Jabatan Dakwah

Image
KAHERAH, 28 Dis - Pelajar Master Universiti Al-Azhar, saudara Mohd Zulkifli Abdul Ghani telah berjaya membentangkan tesis beliau hari ini. Tesis yang bertajuk "Ad-Du'at Al-Maliziyyun Minal Azhariyyin Wa Dauruhum Fi Nashri Al-Islam Wa Ar-Rad 'Ala Khushum Ad-Dakwah" telah dibahaskan di hadapan empat orang doktor Kuliah Usuluddin, Bahagian Dakwah dan Thaqafah Islamiah. Mereka ialah Dr. 'Arafah Salim Hassan Saifuddin (Musyrif Utama), Dr. Muhammadi Abdul Basir Abdul Aziz (Pembantu Musyrif), Dr. Muhammad Abdul Aziz Iwadh (Pensyarah Kuliah Usuluddin Bahagian Dakwah, Universiti Al-Azhar Kaherah), dan Dr. Abdul Mun'im Subhi Abu Sha'isha' (Pensyarah Kuliah usuluddin Bahagian Dakwah, Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta). Pembentangan yang dimulakan pada jam 11.30 pagi ini telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang pemerhati yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia. Perbahasan yang berlangsung selama 5 jam setengah ini telah memper

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009

Image
Catatan peristiwa di Gaza Jun 1967 Israel menakluki Semenanjung Gaza yang sebelum ini dikuasai oleh Mesir. Disember 1987 Intifadah pertama dan kemunculan HAMAS. September 2005 Israel menarik keluar pasukan tenteranya bersama 8500 pendatang haram Yahudi dari Gaza. Jun 2007 HAMAS menguasai sepenuhnya Gaza. Sejak 2007, Israel telah mengenakan sekatan zalim ke atas Semenanjung Gaza. Berikutan itu, sekatan ini telah mencetuskan tragedi kemanusiaan yang amat parah. Antara sektor yang terjejas teruk akibat sekatan: 1. Makanan/kebuluran 2. Bekalan air 3. Khidmat kesihatan/perubatan 4. Perdagangan(aktiviti perekonomian) 5. Sektor perkilangan 6. Bekalan tenaga, minyak dan seumpamanya. Sepintas lalu - Wilayah Palestin yang terjajah, berdasarkan undang-undang antarabangsa - Luas kawasan : 363 km persegi. - Penduduk ~ 1.5 juta (perangkaan Julai 2007) , termasuk 1 juta pelarian. - Bersempadan dengan: a. 11 km daratan(Mesir). b. 51 km daratan dengan tanah jajahan 1948. c. 40

Warga Turki Sambut Meriah Kedatangan Kapal Mavi Marmara

Image
Ribuan aktivis berkumpul di pelabuhan Istanbul untuk menyambut kembali kedatangan kapal yang pernah menjadi ajang pertumpahan darah selama serangan brutal Israel terhadap konvoi armada bantuan ke Gaza pada bulan Mei lalu . Kapal Mavi Marmara , menjadi sasaran serangan brutal pasukan komando Israel pada tarikh 31 Mei di perairan antarabangsa , di mana kapal itu sendiri sendiri sambil membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza . Kapal Mavi Marmara merapat di pelabuhan Sarayburnu Istanbul pada hari Ahad terakhir ( 26/12 ) . Kerumunan orang yang kebanyakan anggota kumpulan - kumpulan pro - Islam dan Palestin melambai - lambaikan bendera Palestin dan Turki dan meneriakkan " Allahu Akbar ! " serta meneriakkan " Down with Israel " , di pelabuhan Sarayburu Istanbul . Beberapa aktivis menaiki perahu - perahu kecil untuk menyambut datangnya kapal tersebut , yang dihias

Pertengkaran Islam-Kristian Kembali Terjadi di Nigeria

Posted by I love Islam Labels: Dunia Islam Pertempuran bersenjata kembali pecah antara kumpulan Kristian dan Muslim di dekat pusat bandar Nigeria Jos pada hari Ahad terakhir (26/12), kata seorang saksi mata kepada Reuters, selepas pengeboman Malam Natal di kawasan-kawasan ini yang menewaskan lebih dari 30 orang. Rusuhan tersebut datang pada saat Presiden Goodluck Jonathan sedang menjalankan kempen kontroversialnya menjelang peringatan partinya yang berkuasa pada 13 Januari mendatang. Sebuah kuasa dari parti yang berkuasa mengatakan bahawa kuasa dalam Parti Rakyat Demokratik (PDP) harus digilir di antara sebahagian besar umat Islam yang ada di Utara dan sebahagian besar umat Kristian di selatan setiap dua kali. Presiden Jonathan adalah warga Selatan yang mewarisi pejabat presiden ketika Presiden Umaru Yar'Adua, yang berasal dari utara, meninggal selama masa pertama pemerintahannya tahun ini dan puak utara dalam parti yang berkuasa menenta

Hukum Menyambut Krismas, Adakah Dibenarkan Memberikan Ucapan Kepada Orang Kafir?

Image
MUQADDIMAH Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T. Nabi Isa Tidak Disalib Kelahiran Nabi Isa a.s. merupakan satu peristiwa istimewa yang telah tertulis di dalam Al-Quran. Kelahiran amat yang luar biasa apabila ibunya, Maryam terpilih untuk dihidupkan roh seorang insan agung di dalam rahimnya dengan izin Allah S.W.T. walaupun dirinya

Senarai Calon Kepimpinan BP PMRAM & AJKT HEWI PMRAM 2011

Image
Dengan ini, Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2010 mengisytiharkan calon-calon kepimpinan BP PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM 2011 adalah seperti berikut: CALON PRESIDEN PMRAM MUHAMMAD ZUHAILI B. SAIMAN 16868 SYARIAH ISLAMIAH SELANGOR / KAHERAH CALON-CALON BADAN PENGURUS PMRAM 1. ZULHAFEEZ B. AHMAD ZAHIDI 18387 BAHASA ARAB PERAK / KAHERAH 2. IBRAHIM B. ANI 17240 SYARIAH ISLAMIAH KEDAH / DUMYAT 3. MOHD HAFIZZUL AZRI B. AZMAN 19111 AL-QURAN SELANGOR / SHOUBRA 4. AHMAD BAIHAKI B. RASHID 18114 SYARIAH ISLAMIAH PAHANG / KAHERAH 5. AHMAD DANIEL B. MOHMAD HASSAN 19558 BAHASA ARAB JOHOR / KAHERAH 6. NUR AHMAD WAFIY B. NOOR AZRI 17042 AL-QURAN KEDAH / TANTA 7. AHMAD ZAMZANI B. CHE DAUD 20611 BAHASA ARAB KELANTAN / KAHERAH 8. NORHALIS SYAFIQ B. AHMAD 19509 SYARIAH ISLAMIAH WILAYAH / TANTA 9. ABDUL AZIZ B. ALI 18495 BAHASA ARAB KELANTAN / KAHERAH :: KESEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING :: CALON-CALON AJKT HEWI PMRAM 2011 1. INTAN SORAYA BTE HASHIM 20601 BAHASA ARAB SELANGOR / KA

Umat Islam : Bilakah Tiba Kemenangan

Image
Penindasan, pencabulan dan pembunuhan umat Islam hari ini berlaku di seluruh dunia. Beberapa tahun sebelum ini kezaliman ke atas umat Islam Moro di Asia Tenggara, muslimin Kashmir di India, umat Islam Bosnia-Herzegovina di Eropah, umat Islam di Iraq dan peperangan yang sehingga kini mengancam umat Islam di Gaza, Palestin. Berita penguasaan dan penganiayaan terhadap umat Islam dunia berdengung dari semasa ke semasa. Tidaklah menjadi suatu keanehan mengapa umat Islam sentiasa ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh musuh? Apakah umat Islam hanya layak menjadi bahan permainan musuh-musuh Islam tanpa berupaya bangkit mempertahankan diri? Kehinaankah milik umat Islam sepanjang zaman? Mukmin yang sejati Allah S.W.T telah menukilkan di dalam al-Quran bahawa umat Islam merupakan golongan teratas dan terbaik dikalangan manusia seluruhnya. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf

Pembentangan Tesis Master Al-Azhar Oleh Mohamad Zulkifli Abdul Ghani

Image
Pembentangan Tesis Master : Ayuh berikan sokongan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini mempelawa seluruh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia Mesir untuk menghadiri munaqashah tesis master salah seorang mahasiswa Malaysia yang akan berlangsung seperti mana berikut : Tarikh : 28 Disember 2010 Hari : Selasa Masa : 11.30 pagi Tempat : Dewan Sheikh Abdul Halim Mahmud, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Hussin Tesis master tersebut akan dibentangkan oleh Saudara Mohamad Zulkifli Bin Abdul Ghani, mahasiswa dari negeri Kelantan Darul Naim yang bertajuk " الدعاة الماليزيون من الأزهريين ودوره فى نشر الإسلام والرد على خصوم الدعوة " bersesuaian dengan Jabatan Dakwah yang diambilnya. Justeru, PMRAM mengharapkan seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia mengambil peluang sempena cuti perkuliahan ini untuk menghadiri munaqashah tersebut dan memberi sokongan dan suntikan semangat kepada mahasiswa kita. Sumber:http://pmram.org

Peperiksaan Percubaan PMRAM : Persediaan Sebelum Menduduki Peperiksaan Sebenar

Image
KAHERAH, 23 Dis – Persediaan dalam memburu kecemerlangan peperiksaan merupakan suatu perkara yang penting. Bukti kesungguhan PMRAM mahu menjayakan subtopik ucapan Presiden PMRAM 2010 iaitu ‘Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama“ dengan mengadakan satu lagi program pendidikan iaitu peperiksaan percubaan peringkat PMRAM Pusat dibawah kelolaan Unit Tutorial dan Perkuliahan, Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa. Peperiksaan percubaan tersebut telah diadakan di surau dan perpustakaan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie’. Lebih daripada 60 orang mahasiswa baru pengajian Islam tahun 1 menyertai peperiksaan tersebut. Peperiksaaan percubaan ini merupakan program susulan selepas program senat fakulti yang telah dilaksanakan pada akhir November lepas bertujuan untuk menilai tahap persediaan mahasiswa tahun 1 khususnya dari aspek teknik menjawab soalan yang sebenar sebelum menghadapi peperiksaan sebenar yang akan bermula tidak lama lagi. Program ini ber

Riwayat Israiliyyat Menurut Perspektif Islam

Image
Muqaddimah Kita sering mendengar berleluasanya kisah-kisah Israiliyat di ceramah-ceramah atau pengajian yang dihadiri. Ada kalanya perkara tersebut di luar pengetahuan kita, malah ketika mendengar buat pertama kalinya terus berasa seronok dan terpegun dengan kisah yang diceritakan. Namun, bagaimanakah pandangan agama Islam terhadap kisah-kisah ini? Adakah para ulama' terdahulu menolak daripada menerima cerita Israiliyat? Asal Kalimah 1. إسرائيليات – kata jama' kepada kalimah إسرائيليةyang dinisbahkan kepada Bani Israel. Manakala yang dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya'kub a.s., dan Bani Israel ialah anak-anak serta keturunan baginda walaupun sehingga zaman Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T. dalam surah Maryam ayat 58 : 58. mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh,