Posts

Showing posts from December, 2020

MINDA PIMPINAN | KONSEP THIQAH TERHADAP PIMPINAN

Image
  KONSEP THIQAH TERHADAP PIMPINAN   بسم الله الرحمن الرحيم Segala puji bagi Allah dengan nikmat Iman dan Islam, selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.. Firman Allah SWT : طَاعَةࣱ وَقَوۡلࣱ مَّعۡرُوفࣱۚ فَإِذَا عَزَمَ ٱلۡأَمۡرُ فَلَوۡ صَدَقُوا۟ ٱللَّهَ لَكَانَ خَیۡرࣰا لَّهُمۡ Maksudnya: (Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka. [Surah Muhammad : 21] Thiqah (kepercayaan) adalah pendekatan konsep tawakkal. Thiqah (kepercayaan) bermaksud: -Tenteramnya hati seorang anggota itu kepada pimpinannya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. -Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat. Jika sesuatu itu dikas
Image
ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MENGKAJI DAN MENDALAMI SEJARAH ISLAM  Tajuk : Sejarah Menurut Perspektif Islam  Dalam mentakrifkan makna sejarah menurut perspektif Islam ini, kebanyakan tokoh sarjana Islam cuba membuat pembaharuan dari segi teori, metode dan kaedah pensejarahan Islam daripada bentuk catatan kronologi kepada pensejarahan berdasarkan zaman-zaman tertentu atau tema-tema tertentu. Dalam hal ini, didapati bahawa tokoh-tokoh zaman awal yang banyak memberikan sumbangan dalam menghasilkan teori sejarah mengikut pandangan mereka sendiri. Di sini, penumpuan hanya diberikan kepada tokoh-tokoh tertentu sahaja dalam menghuraikan pandangan Islam terhadap konsep sebenar sejarah. Secara umumnya, pemahaman sejarah dalam Islam adalah bersifat moralistik kerana ketetapan dan suruhan Ilahi dengan penegasanNya mengenai baik dan buruk, adalah ajaran-ajaran untuk penghayatan. Kejayaan dan kegagalan mematuhinya mempunyai implikasinya, iaitu sebahagian daripadanya berbentuk manifestasi yang nyata