Posts

Showing posts from March, 2019

Minda Pimpinan | Jatuh Dalam Pertempuran

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله على نعمته في شهر رجب الذي جعلنا من المسلمين الكالفين وأمرنا باتباع سبيل المؤمنين وأشهد أن لا اله الله وحده لا شريك له الحق المبين وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله الصادق الأمين اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى أله وصحيه أجمعين وسلم تسليما كثيرا.  Sabda Nabi Muhammad S.A.W : “Ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian akan dimintai pertanggungjawabkan atas yang dipimpin, penguasa yang memimpin manusia dia akan dimintai pertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya, seorang lelaki (kepala keluarga) adalah pemimpin keluarganya dan dia dimintai pertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya, dan seorang perempuan (isteri) adalah pemimpin terhadap keluarga rumah suaminya dan juga anak-anaknya dan dia akan diminta untuk dipertanggungjawabkan atas kepemimpinannya, dan budak juga pemimpin terhadap harta tuannya dan akan diminta untuk dipertanggungjawabkan terhadapnya. Ketahuilah, setiap kalian adalah bertanggungjawab atas yang dipi

FAHISYAH DALAM ISLAM

Image
Maraknya isu lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) belakangan ini mengharuskan kita semua belajar lagi dan mengambil hikmah dari kisah Nabi Luth AS dan kaumnya yang dikenal dengan perilaku yang menyimpang, iaitu kaum homoseksual (liwat). Pembelajaran tersebut agar hikmah yang dipetik dari kisah kaum Nabi Luth AS itu benar-benar menjadi pelajaran bagi masa depan bangsa dan umat manusia. Setidak-tidaknya ada tujuh kategori perilaku yang disematkan Al-Quran kepada kaum Nabi Luth AS. Pertama, perbuatan homoseksual (lelaki atau perempuan menyukai sesama jenis) disebut fahisyah. “Dan (ingatlah) ketika Luth berkata kepada kaumnya, ‘Kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji (homoseksual) yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu’.” (QS Al-‘Ankabut 29: 28) . Menurut Muhammad Al-Hijazi dalam At-Tafsir Al-Wadhih , definisi fahisyah itu adalah perbuatan yang sangat keji, buruk, menjijikkan dan sangat membahayakan.