Posts

Showing posts from March, 2022

MINDA PIMPINAN | KEMULIAAN BULAN SYAABAN

Image
  عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rab semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa". (HR an-Nasai No: 2317) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain. 2.  Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meni

MINDA PIMPINAN | INDAHNYA UKHUWAH ISLAM

Image
      Bila kita merujuk kembali berkenaan ukhuwah, kita akan dapat melihat bahawa, ukhuwah yang baik itu tidak dapat tidak adalah dibina daripada keimanan yang benar kepada Allah SWT. Hal ini kerana, serendah-rendah ukhuwah adalah bersangka baik kepada sahabat kita. Perkara itu, yakni bersangka baik itu tidak akan sekali-kali dapat kita capai, melainkan kita mempunyai keimanan yang mantap kepada Allah SWT, dan  meyakini bahawa Allah SWT tahu apa yang kita simpan dalam hati kita. Maka, tidak akan tergerak di dalam jiwa kita untuk bersangka buruk kepada sahabat. 📍Melihat pula kepada tingkatan tertinggi ukhuwah, yakni ithar, ataupun melebihkan sahabat berbanding diri sendiri. Perkara ithar ini, tidak akan mampu disentuh oleh manusia, melainkan dengan keimanan yang benar juga. Hal ini kerana, ithar itu secara sindirinya berdiri atas pengorbanan. Melebihkan orang lain daripada diri sendiri adalah satu taudhiah. Manusia, biasanya sukar untuk membalas pengorbanan manusia lain kepada dirinya,