Posts

Showing posts from September, 2010

Perbincangan Berkenaan Solat Fardhu Jumaat Terhadap Banduan Di Dalam Penjara

Image
Perbincangan Berkenaan Solat Fardhu Jumaat Terhadap Banduan Di Dalam Penjara Dipetik dari : MANHAL PMRAM Terdapat dalil-dalil yang banyak di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang mewajibkan solat Jumaat dan larangan meninggalkannya seperti berikut : 1) Dalil daripada Al-Quran : Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya). Surah Al-Juma’ah ayat 9 2) Dalil daripada As-Sunnah : a) Sabda Rasulallah S.A.W yang bermaksud : من ترك الجمعة ثلاثا من غير عزر ولا علة, طبع على قلبه. Maksudnya : "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) b) Sabda Rasulullah S

JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH

Image
KAHERAH, 28 September-Unit Sambutan Dan Rehlah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM menganjurkan jaulah maqam ulamak dan auliya` sekitar Kaherah. Program ini berlangsung selama dua hari iaitu 27hb (ikhwah) dan 28hb (akhawat) September 2010. Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk mendekati sejarah ulamak dan auliya` yang berada di sekitar Kaherah. Program ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan moral tambahan kepada mahasiswa/wi yang baru sampai yang dijangka akan menduduki Imtihan Qabul awal Oktober ini. Jaulah yang bermula jam 8.30 pagi mendapat sambutan seramai 29 orang bagi ikhwah dan 14 orang akhawat. Banyak maqam-maqam yang sempat dilawati antaranya, maqam Imam Syafie, Imam Zakaria Al Ansori, Sayyidah Zainab,Sayyidah Nafisah, Imam Romli, Imam Ibnu Hajar Al`Asqolani, Imam Ibnu Hisyam, Imam Assyatibi, Imam Sultan Hanafi, Ibnu Ato`Ilah Assakandari dan banyak lagi. Jaulah ini juga diserikan lagi dengan kehadiran musyrif bersama peserta ja

PROGRAM HPS 2010 MELABUH TIRAI

Image
KAHERAH, 26 September- Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM telah mengadakan program Hari Pengetahuan Dan Silaturrahim HPS kepada pelajar baru. Program yang diadakan selama 3 hari bermula 23 September 2010 berlangsung dengan jayanya bermula dengan perasmian oleh Badan Pengurus Angkat PMRAM Ustaz Mohamad Al-Hidayat Bin Kholid Program yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan memberikan pengenalan awal kepada mahasiswa/wi baru mengenai Mesir. Program ini juga bertujuan memperkenalkan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pionang Mesir BKPPPM kepada mahasiswa baru selain memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah antara mahasiswa baru dan lama. Di antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah senat fakulti, penerangan UBM, UBS dan hisbah, talk show pengalaman di Mesir, pelancaran muzakarah berkelompok, penerangan pesat, munajat sufi, GKB, explorace sekitar Al Azhar dan Husin dan persembahan peserta di malam penutup. Program yang berakhir pada 25 september 2010 bera

Feqh Aulawiyyat Dalam Gerakan Islam

Image
Feqh Aulawiyyat Dalam Gerakan Islam Dipetik dari : MANHAL PMRAM Feqh Aulawiyyat juga dikenali sebagai feqh prioriti, iaitu melakukan sesuatu amalan dengan makna memahami turutan-turutan keutamaan terhadap tindakan yang bakal diambil. Menurut Dr.Yusuf al Qardhawi, Feqh Aulawiyyat ialah meletakkan setiap sesuatu benar mengikut taraf keutamaannya. Ia diperlukan kerana bencana yang menimpa kebanyakan jemaah Islam hari ini adalah disebabkan hilangnya Feqh Aulawiyyat. Salah satu contoh fenomena kebejatan fikrah umat Islam apabila mereka tidak memahami Feqh Aulawiyyat ialah munculnya firqah Khawarij. Kebanyakan mereka yang dilanda penyakit kejahilan ini akan menumpukan persoalan furu’ berbanding persoalan asas, dan sering menimbulkan persoalan juz’iyyah berbanding kulliyyah. Dengan memahami dan mengetahui Feqh Aulawiyyat, kita dapat mengetahui manakah musuh yang perlu dihadapi terlebih dahulu dan menumpukan serangan terhadap mereka. Kerana itu, apabila zaman per

MENGHIMPUNKAN PUASA QADHO’ RAMADHAN DI DALAM PUASA SUNAT SYAWAL

Image
MENGHIMPUNKAN PUASA QADHO’ RAMADHAN DI DALAM PUASA SUNAT SYAWAL Dipetik dari : MANHAL PMRAM Adakah di bolehkan untuk mengabungkan diantara kedua puasa tersebut? Mengenai persoalan ini, di kalangan Ulamak berselisihan pendapat berkenaan dengan hukumnya seperti berikut : 1) Di Bolehkan Untuk Mengabungkan Keduanya Dengan Satu Niat Dinukilkan daripada Dr `Ali Juma`Ah dalam kitab fatawa asriah, Imam Nawawi menyebut dalam kitab Al Majmuk : dibolehkan untuk menghimpunkan niat puasa qadho` Ramadhan dan niat puasa sunat Syawal disisi ulamak As-Syafi’yyah. Di riwayatkan oleh Imam As-Syafie, beliau berkata: diharuskan seorang perempuan untuk berpuasa qadho` Ramadhan dalam bulan Syawal dengan menggunakan satu niat. Sekiranya bilangan puasa ganti Ramadhannya adalah enam hari, maka dia akan mendapat pahala puasa sunat enam Syawal. Sekiranya puasa gantinya adalah lima hari, maka hendaklah dia berpuasa selama lima hari dan menyempurnakan sehari lagi untuk mendapat fadhilat puasa ena

Dendam Musyrikin bergelora dalam Perang Uhud

Image
Dendam Musyrikin bergelora dalam Perang Uhud Dipetik dari : MANHAL PMRAM Peperangan Uhud Tahun berlaku : 7 Syawal, dan ada yang mengatakan pada 15 Syawal tahun ke-3 Hijriah. Tempat peperangan : Berdekatan bukit Uhud di Madinah Al-Munawwarah Ketua tentera muslimin : Nabi Muhammad S.A.W. Bilangan tentera muslimin : 700 orang Pemegang panji : Mus'ab bin Umayr Bilangan syuhada' : 70 orang. Ketua tentera musyrikin : Abu Sufyan Sakhr bin Harb Bilangan tentera musyrikin : 3000 orang Pemegang panji : Talhah bin Uthman Bilangan tentera yang terbunuh : 22 orang menurut pendapat Ibnu Ishaq, dan 37 orang menurut pendapat Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri (pengarang kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum). Sebab peperangan – Telah berkata Imam Ibnu Jarir At-Thabari (Perkara yang menyebabkan berlakunya perang Uhud antara Nabi S.A.W dan kaum musyrikin Quraisy ialah pertempuran Badar, apabila telah terbunuh di dalamnya pemimpin Quraisy dan pemukanya). Sebelum peperangan Ketika Abu Sufyan pulang da

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ROMBONGAN MALAYSIA

Image
18 September 2010 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM mengadakan majlis ramah mesra bersama rombongan pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Program yang berlansung jam 9.00 malam itu bermula dengan ucapan aluan daripada Yang DiPertua BKPPPM sesi 2010/11. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengurus besar Pusat Urus Zakat PUZ Dr Azman Bin Abdul Samad. Beliau memberi peringatan dan nasihat kepada pelajar pengajian islam dan perubatan supaya menjaga syaksiah ketika berada di Mesir dan sentiasa bersyukur dengan bantuan zakat yang diberikan disamping gunakan bantuan tersebut untuk kegunaan pengajian. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pegawai pendidikan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Ustaz Mohd Redzuan bin Abdul Wahab. Banyak kalam mutiara yang disampaikan kepada pelajar yang hadir disamping memberi motivasi kepada pelajar supaya thabat menuntut ilmu di bumi ardil kinanah. Cabaran dan mehnah yang bakal ditempuhi dianggap se

MAJLIS AIDIL FITRI SAHABAT MANHAL

Image
TARIKH : 20 SEPTEMBER 2010/ 11 SYAWAL 1431 H MASA : 10.00 PAGI - 6.00 PETANG TEMPAT : RUMAH KELANTAN BARU, HAYYU SABIE' ANTARA MENARIK :- - PENGENALAN MANHAL - PEMBENTANGAN KERTAS KERJA - PENGENALAN KITAB - TAYANGAN VIDEO - JAMUAN HARI RAYA PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI :- - MOHD ZAHID BIN ISMAIL (011-6945627) - NURHIDAYAH MAHMUD (016-6167795) DENGAN YURAN PENDAFTARAN SEBANYAK :- - LE 15 (BUKAN SAHABAT MANHAL), - LE 10 (SAHABAT MANHAL)

Ketibaan Mahasiswa Baru Pulau Pinang

Image
16 SEPTEMBER 2010 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir menyambut ketibaan mahasiswa/wi baru seramai 41 orang. Rombongan ini diiringi oleh seorang Pegawai Majlis Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Redzuan bin abdul wahab dan seorang pembantu ustaz Ustaz Khairul Aman bin Bistamam .Rombongan telah tiba jam 2.00 petang di lapangan terbang terminal satu. Turut bersama dalam sambutan ini, wakil Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Faizuddin bin Ghazali, Ustaz Muhammad Al-Hidayat bin Kholid dan wakil HEWI PMRAM Ustazah Samihah binti Abdullah bagi memastikan perjalanan dan pengurusan Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) berjalan dengan lancar. Program sambutan ini diletakkan di bawah seliaan USMB BKPPPM selama sebulan bagi proses menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan di Mesir. Pelbagai program yang berbentuk pendedahan dan kefahaman telah diatur kepada pelajar-pelajar baru ini.Diantaranya, Kelas Intensif, Muzakarah Berkelompok, Jaulah Maqam, Senat Fakulti ,hari p

PANDANGAN SYARAK TERHADAP WANITA MENJADI PENGERUSI MAJLIS

Image
PANDANGAN SYARAK TERHADAP WANITA MENJADI PENGERUSI MAJLIS Dipetik dari : MANHAL PMRAM sekadar hiasan MUQADDIMAH Sejak kebelakangan ini, kita melihat peranan wanita dalam memberi sumbangan kepada Islam tidak dapat dinafikan lagi. Wanita turut menyumbang membangunkan ummah dan dalam perkara membabitkan pembangunan rohani, wanita tidak dikecualikan daripada memenuhi tanggungjawab diri kepada Allah, diri sendiri, keluarga dan ahli masyarakat. Islam tidak membezakan lelaki dan wanita dalam melakukan ibadat kerana apa yang wajib dan sunat bagi lelaki itulah juga hakikatnya kepada wanita. Begitulah terhadap perkara yang harus, haram dan makruh. Persolannya sekarang, jika Islam membenarkan wanita memberi sumbangan kepada Islam, adakah menjadi pengerusi majlis dalam satu majlis yang disertai oleh lelaki dan perempuan dibolehkan? PERBINCANGAN Untuk menjawab pe

ZIARAH BP & HEWI PMRAM SEMPENA SYAWAL

Image
KAHERAH, 10 September - Amalan ziarah menziarahi merupakan ajaran yang dituntut oleh Islam. Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM dijemput untuk menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh PMRAM Cawangan. Rumah Pulau Pinang merupakan destinasi ketiga setelah BP PMRAM mengunjungi rumah terbuka PMRAM Cawangan Kelantan dan Johor. Kehadiran beberapa orang Badan Pengurus yang diketuai oleh Presiden PMRAM Saudara Shahrizan Mohd Hazime disambut baik oleh AJKT PMRAM Cawangan Pulau Pinang. "Di bulan Syawal ini, kita dituntut untuk pergi menziarahi jiran-jiran sekeliling. Di kesempatan ziarah kita tadi tu, kita mohon ampun dan maaf sesama manusia. Inilah yang sebenarnya Islam mahu daripada umatnya. saling berukhuwah antara satu sama lain". Kata Presiden PMRAM Ujar Timbalan Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, hari pertama raya adalah untuk semua PMRAM Cawangan. Raya kedua dan ketiga pula dikhususkan pada semua Dewan Perwakilan Mahasiswa/i untuk menga

.:SAMBUTAN HARI RAYA PERTAMA :.

Image
Assalamualaikum..sempena hari penuh mulia ini pihak BKPPPM mengadakan liputan sepanjang menyambut hari raya di sekitar kaherah bersama ahli Pulau Pinang. Pada 10 September 2010 yang lalu Bkpppm dengan dikelolai oleh biro dakwah telah mengadakan sambutan hari raya bersama pelajar Pulau Pinang yang berada di kaherah.Antara aktiviti yang disajikan ialah bertukar-tukar duit raya,ucapan hari raya sesama ahli dan juga jamuan hari raya. Antara moderator hebat yang turut menjayakan program pada tersebut ialah Us Syuwari, Us.Solehah dan Us. Musliha. Beberapa menu yang disajikan ialah Laksa, Soto, ketupat daun palas, rendang dan pelbagai juadah yang lain. Semua hidangan ini disediakaan oleh Ta’khi bagi Syaah yang telah ditetapkan . BKPPPM turut menjemput Badan Pengurus PMRAM dan Juga Hewi PMRAM untuk bersama-sama meraikannya bersamaa-sama . Tidak dilupakan juga jemputan Khas kepada Zon Ta’khi. Tanggal 11 September 2010 Barisan AJKT dan AJK Hewi dengan beberapa ahli Pulau Pina