Ketibaan Mahasiswa Baru Pulau Pinang





16 SEPTEMBER 2010 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir menyambut ketibaan mahasiswa/wi baru seramai 41 orang. Rombongan ini diiringi oleh seorang Pegawai Majlis Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Redzuan bin abdul wahab dan seorang pembantu ustaz Ustaz Khairul Aman bin Bistamam .Rombongan telah tiba jam 2.00 petang di lapangan terbang terminal satu.

Turut bersama dalam sambutan ini, wakil Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Faizuddin bin Ghazali, Ustaz Muhammad Al-Hidayat bin Kholid dan wakil HEWI PMRAM Ustazah Samihah binti Abdullah bagi memastikan perjalanan dan pengurusan Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) berjalan dengan lancar.

Program sambutan ini diletakkan di bawah seliaan USMB BKPPPM selama sebulan bagi proses menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan di Mesir. Pelbagai program yang berbentuk pendedahan dan kefahaman telah diatur kepada pelajar-pelajar baru ini.Diantaranya, Kelas Intensif, Muzakarah Berkelompok, Jaulah Maqam, Senat Fakulti ,hari pengetahuan dan silaturrahim dan lain-lain.

Rombongan dijangka diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar Pusat Urus Zakat Dr Azman bin Abdul Samad pada keesokan hari.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL