ZIARAH BP & HEWI PMRAM SEMPENA SYAWAL



KAHERAH, 10 September - Amalan ziarah menziarahi merupakan ajaran yang dituntut oleh Islam. Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM dijemput untuk menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh PMRAM Cawangan.

Rumah Pulau Pinang merupakan destinasi ketiga setelah BP PMRAM mengunjungi rumah terbuka PMRAM Cawangan Kelantan dan Johor. Kehadiran beberapa orang Badan Pengurus yang diketuai oleh Presiden PMRAM Saudara Shahrizan Mohd Hazime disambut baik oleh AJKT PMRAM Cawangan Pulau Pinang.

"Di bulan Syawal ini, kita dituntut untuk pergi menziarahi jiran-jiran sekeliling. Di kesempatan ziarah kita tadi tu, kita mohon ampun dan maaf sesama manusia. Inilah yang sebenarnya Islam mahu daripada umatnya. saling berukhuwah antara satu sama lain". Kata Presiden PMRAM

Ujar Timbalan Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, hari pertama raya adalah untuk semua PMRAM Cawangan. Raya kedua dan ketiga pula dikhususkan pada semua Dewan Perwakilan Mahasiswa/i untuk mengadakan rumah terbuka. Raya keempat hingga keeman pula dikhususkan untuk Badan Kebajikan Anak Negeri mengadakan rumah terbuka.

Penyusunan tersebut dibuat bagi memudahkan mahasiswa dan mahasiswi di cawangan pulang ke Kaherah pada Hari Raya keempat. PMRAM juga menganjurkan kempen balik kampung bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal di Perlembahan Nil ini.

Dipetik dari: pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL