Wakil PMRAM Ke Pejabat Rasmi Ketua Menteri Melaka


MELAKA, 24 Januari - Wakil PMRAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman telah melakukan kunjungan ke kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam. Turut bersama ialah Saudara Labib Abdul Jalil, Mantan Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2009 dan Saudara Amaluddin, mantan Naib Setiausaha Agung PMRAM 2009.

Kunjungan tersebut hadir seawal jam 8.00 pagi di tempat kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Melaka. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi menyerahkan surat penjelasan mengenai tuduhan dikenakan ke atas PMRAM ketika lawatan rasmi Dato Seri Ali Rustam ke Mesir bagi merasmikan wisma baru Melaka baru-baru ini.

Namun perjumpaan tersebut terpaksa ditunda ekoran Dato Seri terpaksa menghadiri mesyuarat khas berikutan keja bagi pengurusan suruhanjaya pilihanraya ekoran kematian ADUN Merlimau, Dato Mohamad Hidhir pada hari Jumaat baru-baru ini. Dan juga Dato Seri dijadualkan akan ke Tenang selepas daripada mesyuarat tersebut.

Oleh hal yang demikian wakil PMRAM mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha bagi Ketua Menteri, Puan Suraya di pejabat rasmi Ketua Menteri. Dalam pertemuan itu selain menyatakan dan memperjelaskan tuduhan ke atas PMRAM, isu berkaitan anak-anak Melaka turut disuarakan bagi kebajikan anak-anak Melaka di Mesir. Perbincangan hampir selama 40 minit tersebut disambut baik oleh pihak Setiauasaha Ketua Menteri.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak Dato Seri kerana sudi menerima kunjuangan kami walaupun terpaksa bertukar jadual ekoran kerja-kerja penting yang berlaku. Kita harap perkara perbincangnan yang baik sebegini dapat dijalankan dari masa ke semasa,", ujar Saudara Muhamad Zuhaili Saiman

Sumber: http://pmram.org


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL