HAMBA PEPERIKSAAN






بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, Pertamanya, marilah kita panjatkan puji syukur kehadrat ilahi  yang telah memberikan kita beribu-ribu kenikmatan, baik nikmat iman  dan islam ataupun nikmat sihat, yang mana sehingga pada  hari ini kita dapat bernafas tanpa ada sebarangan halangan. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W, penutup bagi segala para Nabi dan Rasul.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peperiksaan membawa maksud ujian untuk menentukan kebolehan dan kepandaian seseorang. Dalam sistem pendidikan Mesir yang berorientasikan peperiksaan, peperiksaan bukanlah sesuatu yang baru. Peperiksaan telah pun wujud sejak Zaman Jahiliyah lagi dan merupakan kayu ukur untuk menentukan kedudukan seseorang. Kini, semua institusi pendidikan termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah, madrasah dan juga universiti telah mewajibkan peperiksaan  bagi menentukan kelayakan ke peringkat seterusnya. Peperiksaan merupakan kriteria bagi menentukan pencapaian dan kebolehan seseorang dalam jurusan yang diceburi. Pendek kata institusi pendidikan  dan peperiksaan  tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu.
    
Akan tetapi,terdapat satu tabiat yang tidak baik yang ada pada sesetengah pelajar, apabila mereka hanya bersungguh-sungguh belajar dan mengulang kaji pelajaran pada musim peperiksaan sahaja, apabila tamatnya musim peperiksaan, mereka sudah tidak lagi bersungguh-sungguh belajar dan mengulang kaji malah mereka lebih suka bermalas-malasan dan membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tabiat ini merupakan satu tabiat yang tidak sihat dan harus dibuang jauh dari kehidupan seorang mahasiswa dan mahasiswi Azhari khususnya. Tabiat ini lebih dikenali dengan istilaah “Hamba Peperiksaan”. Ini berpunca dari sikap kurang kesedaran akan kepentingan dan nilai ilmu itu sendiri dan tak dapat tidak ianya berbalik kepada niat asal mahasiswa itu, adakah ia belajar kerana Allah, atau semata-mata kerana peperiksaan?

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"انما الأعمال بالنيات, وانما لكل امرئ ما نوى"
Maksudnya: Sesungguhnya amalan itu tergantung kepada niatnya dan seseorang itu akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkannya.
Berdasarkan hadis diatas, kita dapat mengetahui betapa pentingnya peranan niat dalam segala amal perbuatan. Ia menjadi kayu pengukur yang menentukan tentang baik dan buruk sesuatu perkataan atau perbuatan. Apabila  niat individu tersebut betul dan baik maka akan lahirlah satu sifat mahmudah yakni “IKHLAS”. Mahasiswa/wi perlulah sentiasa memperbaharui niat mereka, agar jelas matlamat dan tujuan mereka menuntut ilmu. Mereka juga perlulah sentiasa istiqamah menuntut ilmu, dan bukan hanya tertumpu pada musim peperiksaan sahaja.

Selain itu,antara punca lain mahasiswa/wi menjadi hamba peperiksaan adalah kerana  sifat culas dan suka membuang masa.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
[من سلك طريقا يلتمس فيه علما,سهل الله له طريقا الى الجنة] 
H.R.Muslim

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu,Allah taala akan mudahkan baginya jalan menuju ke syurga”
Jelas hadis tersebut menjelaskan kepada kita tentang ganjaran yag lumayan yang dijanjikan Allah kepada para penuntut ilmu.Tidak sepatutnya kita sebagai mahasiswa/wi yang menuntut ilmu untuk culas dan membuang masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Hal ini kerana ganjaran yang ditawarkkan oleh Allah ini tidak ternilai harganya.Sebagai Mahasiswa/wi,kita wajib untuk selalu menghadiri kelas dan istiqamah dengannya agar terlaksana tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi.

Akhir Kalam,
Jadikanlah kehebatan dan kesungguhan  ulama-ulama terdahulu sebagai Suri Tauladan dalam menuntut ilmu. Mereka bersusah payah dan berusaha dalam menuntut ilmu disebabkan kepayahan yang mereka lalui tersebut membuatkan mereka menjadi hamba yang beryukur. Sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang berhijrah jauh dan membawa amanah ummah, jadikan asbab hijrah jauh dan amanah dari tanah air ini untuk bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan bukan hanya sekadar berusaha untuk medapatkan segulung ijazah. Semoga Allah membantu kita dalam menempuh jalan untuk menuntut ilmu di  bumi barakah Ardul Kinanah ini.

Belajarlah selagi yang lain sedang tidur,
Bekerjalah selagi yang lain sedang bermalasan-malasan,
Bersiap sedialah selagi yang lain sedang bermain dan…
Bermimpilah selagi yang lain sedang berharap.

Put your HEART,MIND, and SOUL into even smallest acts, This is the secret of success.


KHAIRUNNISA BINTI SAIDON
(Timbalan Lajnah Pendidikan BKPPPM 17/18)
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Fikrah Thaqafah Biah Wehdah"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL