MINDA PIMPINAN | KEMULIAAN PADA AKHLAK

 





بسم الله الرحمن الرحيم

Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam dan tanda keimanan seseorang. Akhlak mulia yang dimiliki seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Jika sebaliknya maka tidak akan dipercepatkan hisabnya. 


عن أَبِي الدَّرْدَاءِ يَبْلُغُ بِهِ مَنْ أُعْطِيَ حَظَّهُ مِنْ الرِّفْقِ أُعْطِيَ حَظَّهُ مِنْ الْخَيْرِ وَلَيْسَ شَيْءٌ أَثْقَلَ فِي الْمِيزَانِ مِنْ الْخُلُقِ الْحَسَنِ


Maksudnya: Dari Abu Darda’ dan dia sampaikan (kepada Nabi), bahwaa beliau bersabda: “Barangsiapa diberikan kepadanya bahagian dari kelembutan, bererti telah diberikan kepadanya bahagian dari kebaikan, dan tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari Kiamat) daripada akhlak yang baik.” 

(Hadis Riwayat Ahmad).


Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW yang wajar kita turuti. 


Sabda Rasulullah SAW :

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلاَق

“Hanyalah aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” 

(Hadis Riwayat Bukhari) 


Ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW isteri beliau Ummul Mukminin Saidatina Aisyah radhiallahu ‘anha menjawab,

كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ

“Akhlak beliau adalah al-Qur’an.” 

(Hadis Riwayat Muslim)


Maknanya, menurut al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah, Rasulullah SAW  berpegang dengan al-Qur’an dalam perintah dan larangan yang ada di dalamnya. Baginda menjadikan aturan al-Qur’an sebagai perilaku dan akhlak beliau. Baginda meninggalkan tabiat yang tidak sesuai dengan. Jadi, apa saja yang diperintahkan oleh al-Qur’an, beliau lakukan. Sebaliknya, apa saja yang dilarang oleh al-Qur’an, beliau tinggalkan.


Kebaikan Islam seseorang pun dikaitkan dengan keelokan akhlaknya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengatakan, Rasulullah SAW salam bersabda,

خَيْرُكُمْ إِسْلاَمًا أَحَاسِنُكُمْ أَخْلاَقًا إِذَا فَقُهُوْا

“Sebaik-baik keislaman seseorang dari kalian adalah yang paling bagus dari  akhlaknya, jika mereka faqih.” 

(Hadis Riwayat Bukhari) 


Seterusnya, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaian. Seiring dengan kita hari ini selaku pemuda Islam perlu adanya thaqafah dan akhlak yang baik. Dengan akhlak orang akan melihat kita sebagai qudwah. 


Firman Allah SWT :

 یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَن یَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِینِهِۦ فَسَوۡفَ یَأۡتِی ٱللَّهُ بِقَوۡمࣲ یُحِبُّهُمۡ وَیُحِبُّونَهُۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِینَ یُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَلَا یَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَاۤىِٕمࣲۚ ذَ ٰ⁠لِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ یُؤۡتِیهِ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمٌ 


Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


Antara akhlak yang perlu ada pada pemuda Islam :

1) Berlemah lembut dengan orang beriman.

2) Bersikap kasar dengan orang kafir.

3) Berjuang di jalan Allah

4) Mendirikan solat dan membayar zakat


Kesimpulannya, qudwah atau akhlak yang baik yang ditunjukkan dari segala aspek akan menatijahkan kesan yang besar dalam dakwah Islam. Teruslah berakhlak dengan akhlak Islam.

……………………………………….

Ain Zubaidah binti Harun
(AJK Penasihat BKPPPM 2021/2022)

" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
" Ukhuwah Berkualiti Wehdah Dirahmati "

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Disediakan oleh : Lajnah Penerangan & Penerbitan BKPPPM 2021/2022

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL