Tsunami Melanda Sumatera



Jakarta 26 Okt 2010 – Seramai 113 orang terbunuh, manakala sekitar 500 lagi dipercayai hilang dalam bencana tsunami yang melanda kampung-kampung tepi pantai berikutan gempa bumi kuat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

Gempa bumi yang berukuran 7.5 pada skala Ritcher itu berlaku 20 kilometer di bawah dasar laut, 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai pada pukul 9.42 malam (10.42 malam waktu Malaysia) dan mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter yang melanda perkampungan di beberapa buah pulau.



Pegawai agensi pengurusan bencana, Ade Edward hari ini berkata, angka kematian baru mula diterima dan setakat ini, 113 mayat sudah ditemui dan kira-kira 500 oarang masih hilang. Mereka yang hilang dipercayai melibatkan rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatra Surfaris.

Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal tersebut. Walaubagaimanapun, Badan Nasional Pengurusan Bencana ( BNPB ) belum memastikan identiti korban dan belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.

Dalam kejadian tersebut, 150 buah rumah rosak dan kira-kira 2,000 penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi. Kata pegawai dari Jabatan Perikanan peringkat wilayah, Hardimansyah, penduduk memberitahu pengawal di pos keselamatan tempatan bahawa mereka tidak dapat menyelamatkan anak-anak mereka yang dihanyut ombak.


Gambaran dari udara yang di ambil selepas kejadian berlaku- BBC News

Kira-kira 80 peratus rumah di kawasan itu rosak dan bekalan makanan semakin merosot. Berikutan berlakunya kejadian ini, pihak polis berusaha mencari mangsa yang hilang dan mendirikan pos-pos kecemasan bagi mengumpulkan mangsa-mangsa yang terkorban, kata pegawai di balai polis daerah Sikakap, Ronald.

Di pulau Pagai Selatan, ombak tsunami bergerak sejauh 600 meter ke dalam kampung tepi pantai, sementara di pulau Pagai Utara, ombak memecah paras bumbung rumah, katanya.

Ketua unit gerakan bencana di Kementerian Kesihatan, Mudjiarto berkata, dua mayat telah ditemui dekat pulau Siporo, manakala tujuh lagi masih hilang.

Menurut kenyataan Jabatan Hal-Ehwal Luar dan Perdagangan Australia, sebuah bot pelancong yang membawa antara lapan hingga 10 warga Australia terputus hubungan radio. Mereka dikatakan berlindung di belakang kapal sewa mereka yang berlabuh di teluk berhampiran ketika gempa bumi itu berlaku.

Situasi sebenar di Mentawai tidak diketahui selepas talian telefon dipercayai terputus. Media tempatan turut melaporkan, kejadian itu berlaku sejurus dua buah bot berlanggar di perairan tersebut menyebabkan kabin mereka terbakar dan dua orang tercampak ke dalam laut. Operasi mencari mangsa masih dijalankan.

Wilayah Acheh di Indonesia pernah dilanda gempa bumi kuat berukuran 9.1 pada skala Ritcher pada 26 disember 2004 mencetus tsunami besar.

Tsunami itu yang turut melanda 12 negara lain di sekitar lautan Hindi yang meragut 230,000 nyawa dengan kira-kira separuh daripadanya di Indonesia




You Tube


Disunting dan di olah dari: BBC News, Portal al Jazeera, Utusan Malaysia

Dipetik dari : We Care ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL