MADRASAH HADIS DI MESIR

Selepas kewafatan Rasulullah SAW,terdapat sebahagian para sahabat Baginda yang terlalu sukar untuk meniggalkan kota Madinah. Hal ini disebabkan cinta dan rindu mereka terhadap baginda. Mereka tidak akan meninggalkan kota Madinah melainkan apabila terdapat urusan yang amat penting.
Tatkala Saidina Umar Al Khattab berjaya membuka beberapa buah negara seperti Syam, Palestin, Parsi dan Rom, penglibatan para sahabat Nabi amat diperlukan. Terdapat sebahagian para sahabat yang berkhidmat sebagai tentera, peniaga dan pendidik.
Penglibatan para sahabat dalam pendidikan telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan Islam, bahkan telah membentuk satu sistem yang tersusun dalam menerapkan kefahaman Islam . Secara tidak langsung, usaha para sahabat ini telah membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun (Madrasah Hadis).

MADRASAH HADIS DI MESIR

Mesir dibuka oleh Saidina ‘Amru Bin Al-‘As di zaman Saidina Omar Al-Khattab pada tahun 16 H dan ada yang mengatakan pada tahun 20 H, dalam keadaan masyarakat Mesir terkesan dengan pengaruh kebudayaan Rom dan Yunan.Setelah Mesir dibuka, Saidina ‘Amru telah membina ibu negeri yang diberi nama Fustat .
Kemudian, beliau turut mendirikan sebuah masjid yang diberi nama Masjid ‘Amru Bin Al -‘As. Masjid ini telah menjadi pusat pengajian ilmu, dakwah, dan kebudayaan islam. Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa sejumlah 34 orang sahabat telah menetap di Mesir. Antara para sahabat yang terlibat dalam pembentukan madrasah hadis negeri Mesir.



1. Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As

Beliau merupakan antara shabat yang menetap di Mesir. Memeluk Islam sebelum ayahnya (‘Amru Bin Al-‘As), dan beliau berketurunan Quraish. Beliau meriwayatkan hadis daripada Rasulullah, Abu Bakar, Omar, Muaz dan ramai lagi. Jumlah hadis yang beliau riwayatkan sebnyak 700 buah hadis. Jumlah yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sebanyak 7 buah hadis. Manakala 8 buah hadis hanya disepakati oleh Imam Bukhari, dan 20 buah hadis oleh Imam Muslim.

2. ‘Amru Bin Al-‘As

Jumlah hadis yang beliau riwayatkan dalam lingkungan 40 buah hadis. 3 daripadanya disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. Dua buah hadis hanya disepakati oleh Imam Muslim, manakala sebuah hadis hanya disepakati oleh Imam Muslim.

3. ‘Ukbah Bin ‘Amir

Beliau digelar sebagai Abu Usaid, dan ada yang menyatakan gelaran beliau ialah Abu ‘Amir Al-Misri. Saidina ‘Ukbah juga seorang ahli Suffah dan salah seorang Qari dan Fuqaha’ daripada sahabat. Beliau wafat di Mesir pada tahun 58 hijrah, dan dimakamkan di Muqattam.

4. Maslamah Bin Mukhallad Bin As-Samit Al-Ansari

Beliau digelar Abu Sa’id dan ada yang menyatakan gelaran beliau ialah Abu Mu’awiyah. Beliau dilahirkan bertepatan dengan ketibaan Nabi SAW di Kota Madinah dalam peristiwa Hijrah. Baginda SAW wafat ketika Saidina Maslamah berumur 10 tahun. Diantara yang mengambil hadis daripada beliau ialah Abu Ayub Al-Ansari dan Ibnu Sirin. Beliau wafat pada tahun 62 Hijrah di Iskandariah.

5. Kharijah Bin Huzafah Al-‘Adwi

Beliau antara sahabat Nabi yang menetap di Mesir dan dilantik sebagai Qadhi bagi Saidina ‘Amru bin Al-‘As.Imam Abu Daud, Imam Tirmizi dan Imam Ibnu Majah ada meriwayatkan hadis daripada beliau. Golongan yang meriwayatkan hadis daripada beliau hanyalah daripada ahli Mesir

Usaha para sahabat Baginda SAW dalam menyebarkan dakwah Islam dan mempertahankan kesucian sunnah tidak terhenti di zaman para Sahabat Baginda sahaja. Bahkan usaha yang murni ini turut diteruskan oleh golongan Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in. Bumi Mesir antara saksi yang membenarkan sejarah pengorbanan para Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in dalam memelihara kesucian sunnah. Diantara tenaga penggerak yang terlibat dalam pembentukan Madrasah Hadis daripada kalangan Tabi’in:

1. Yazid Bin Abi Habib

Al-Imam Al-Hujjah, Mufti Diyyar Al-misriyah, tergolong daripada golongan Shiqar At-Tabi’in, dipandang mulia kerana ketaqwaan beliau, hingga beliau tergolong daripada kumpulan Ulama’ Al-‘Amilin. Beliau meriwayatkan hadis daripada kalangan sahabat antaranya ialah Abdullah Bin Al Haris. Ibnu Kindi menyifatkan beliau sebagai salah seorang ahli sejarah bagi kurun ke 4 hijrah.

2. Abdul Rahman Bin Syimasah

Beliau meriwayatkan hadis daripada ‘Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As, Abdullah Bin Omar, ‘Uqbah Bin ‘Amir dan Zaid Bin Thabit.Imam Ibnu Hibban menyifatkan beliau antara ahli mesir yang thiqqah.Sempat bersahabat dengan Saidina Zaid Bin Thabit.

3. Thabit Bin Al-Haris Al-Ansory

Terdapat perselisihan dikalangan para ulama’ mengenai kedudukan beliau sama ada daripada golongan Sahabat ataupun Tabi’in. Namun terdapat ulama’ yang menyifatkan beliau sebagai seorang Tabi’in yang thiqqah. Imam Ibnu Hajar merajihkan bahawa beliau merupakan golongan Tabi’in.

Manakala daripada golongan Tabi’ Tabi’in:

1. ‘Amru Bin Al Haris Bin Yaakub

Seorang ulama’ yang hebat dan masyhur di Mesir, dan tergolong daripada golongan Fuqaha’ Mesir. Ulama’ secara keseluruhannya bersepakat bahawa beliau adalah seorang yang Thiqqah. Beliau wafat pada tahun 148 H,dan ada yang mengatakan 149 H.

2. Haiwah Bin Syuraih

Merupakan ahli Mesir, dan Imam Ibnu Mai’in menyifatkan beliau sebagai seorang yang Thiqqah. Diantara Ulama yang mengambil Hadis daripada beliau ialah Al-laith, Ibnu Mubarak, dan Abu Abdul Rahman Almuqri. Beliau wafat pada tahun 158 H.

3. Al-Laith Bin Sa’ad Bin Abdul Rahman

Beliau dilahirkan di Mesir pada tahun 94.Beliau disanjung sebagai salah seorang Imam Dunia kerana kafakihan dan kewarakan beliau. Beliau wafat pada nisfu Syaaban tahun 175 H.





Ruj: Adhwak ‘ala Al Madaris Al hadisiah (An- Nasyaah wa Al Altathawwur)
Al-Allamah Dr. Mustafa Mohamad Abu ‘Imarah

Mendekati Ulama’ dan Para Wali Allah di Mesir
Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al Idris Al Lingi


Disediakan oleh :
(Muhammad Firdaus Bin Aznan)
Felo Manhal PMRAM

Dipetik dari : MANHAL PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL