Apakah tidak jelas lagi, ICERD ini wajib dibantah?

BANTAHAN ICERD



Definisi
ICERD adalah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum ( International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination) yang merangkumi 3 bahagian dan 25 artikel. Konvensyen ini dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969, hingga hari ini Malaysia tidak mengesahkannya. Sebanyak 15 buah negara tidak mengesahkan Konvensyen tersebut termasuk Malaysia, Brunei dan Israel.

Apakah yang diperuntukkan oleh ICERD?
Antaranya takrifan "diskriminasi kaum" yang bermaksud "sebarang  perbezaan", pengecualian, sekatan, atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, dan keturunan. Secara ringkasnya, ia memberi kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi. Selain itu, konvensyen ini memperuntukkan juga diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan. Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Konvensyen ini tidak menyebut bahawa ia tidak akan “diteruskan setelah tujuannya (pengesahan) diambil telah dicapai”. Dalam erti kata lain, perlu menghapuskan Perkara 153.

Konvensyen ini berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum. Justeru, menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik seperti bertanding dalam pilihanraya, hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara, hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula, hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama-sama orang lain, hak untuk mewarisi harta, hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain-lain. Semuanya sudah pun diperuntukkan dalam Perlembagaan kita. Ini tidak ada masalah bagi kita.
Tetapi, dimanakah percanggahan antara Konvensyen dengan Perlembagaan Persekutuan? Jelas sekali, takrifan "diskriminasi kaum" bercanggah dengan Perkara 8 (4)(f), yang menghadkan Regimen Askar Melayu. Begitu juga Perkara 89 mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu. Seterusnya, bercanggah pada Perkara 153 mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan.

Akibat mengesahkan ICERD:
  • Perlembagaan terpaksa dipinda atau dimansuhkan.
  • Peruntukan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dipinda atau dimansuhkan.
  • PNB (Permodalan Nasional Berhad) yang mengeluarkan Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional dan khusus lain untuk Bumiputera akan ditutup atau semua produknya dibuka kepada orang bukan Melayu dan bukan anak negeri Sabah dan Sarawak.
  • Pelantikan jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan, dan pemberian permit atau lesen dan sebagainya, tidak boleh mengikut kuota orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi.
  • UiTM (Universiti Teknologi MARA), Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA ditutup atau dibuka kepada semua.
  • Tanah rizab Melayu akan dihapuskan.
  • Regimen Askar Melayu akan dibubarkan.
  • Hak Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri juga akan dihapuskan.
           Maka, jika ICERD disahkan, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan terhapus, hak Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Dipertua Negeri, juga akan dihapuskan.

Timbul satu persoalan, apakah ICERD ini tidak mengancam agama?
Jawapannya, ya, Konvensyen ini akan mengancam dan memberi kesan terhadap agama. Benar, ICERD tidak meletakkan "agama" dalam definisi diskriminasi kaum menurut Artikel 1(1) ICERD. Namun Artikel 5(d)(vii) ICERD mengiktiraf kebebasan pemikiran, kesedaran dan agama sebagai hak yang perlu diberi tanpa diskriminasi berasaskan kaum. Kita perlu fahami bahawa definisi ini digubal pada sekitar tahun 1960-an. Ia tidak statik dari segi amalan dan konteks. Di samping itu, banyak keadaan dan konteks, agama adalah seiring dengan “asal etnik” atau “kaum” sebagaimana Malaysia, Melayu lazimnya Islam atau kaum India lazimnya Hindu.

Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan jelas mendefinisikan Melayu sebagai beragama Islam. Melayu dan Islam berpisah tiada. CERD adalah merupakan Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Artikel 8 ICERD yang mempunyai kuasa memantau dan menegur Negara ahli tentang isu diskriminasi kaum. Walaupun definisi “agama” tidak dimasukkan secara tersurat dalam ICERD, CERD telah mengambil kira aspek agama dalam tindakannya. CERD dalam sesi ke 75 pada tahun 2009 melalui “General  Recommendation No.32” menyatakan seperti berikut:

“7. The principle of enjoyment of human rights on an equal footing is integral to the Convention’s prohibition of discrimination on grounds of race, colour, descent, and national or ethnic origin. The “ground” of discrimination are extended in practice by the notion of “intersectionality” whereby the Committee addresses situations of double or multiple discrimination - such as discrimination on grounds of gender or religion - when discrimination on such a ground appears to exist in combination with a ground or grounds listed in article 1 of the Convention…”

Fokusnya pada ayat yang telah dihitamkan. Jelas ICERD boleh merangkumi asas agama sekiranya digabungkan dengan asas lain seperti perkauman. Doktrin 'intersectionality' atau dalam bahasa mudahnya merentas bahagian ini diterima secara formal oleh CERD walaupun agama tiada dalam definisi ICERD. Nazila Ghanea dalam pembentangannya kepada CERD pada tahun 2012 menyatakan tentang 'intersectionality' seperti berikut :

"It is submitted that discrimination existing ‘in combination with’ the grounds listed in Article 1 of the Convention in fact allows for a greater flexibility than has been exercised to date by the CERD Committee. In line with existing CERD practice, this would have to primarily be informed by the ‘self identification’ of the claimant, whether their ethnicity, religion or relief, race or other grounds”.

Fokus kepada ayat yang telah dihitamkan. Terang lagi bersuluh, walaupun “agama” tidak didefinisikan secara tersurat dalam ICERD, ia tetap memberi impak besar kepada kedudukan agama. Malahan, ICERD akan mencampuri dan menjejaskan institusi kehakiman Syariah kita, prinsip-prinsip faraid dan pewarisan serta institusi fatwa yang senantiasa mentafsir kepercayaan yang salah dan sesat dalam agama bagi mempertahan keluhuran agama dan keharmonian negara. Fahaman Barat mengatakan bahawa perjuangan agama seperti banteras ajaran sesat, hijab dan menghalang ajaran lain disebarkan adalah recist.

Kesimpulan
Jika ICERD diratifikasi tanpa reservation yang teliti, agama Islam akan tergugat. Tiada masalah jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan agama dan Perlembagaan kita. Bolehkah Peguam Negara Tommy Thomas dan Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan?

Islam adalah agama yang perlu kita tegakkan. Kita telah diberi amanah untuk menjaganya. Firman Allah Ta’ala:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ
(Surah Al-Baqarah : 30)

Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan (khalifah) orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Rujuk Tafsir Ibnu Kathir (1/179)

Apakah tidak jelas lagi, ICERD ini wajib dibantah? Percayakah kita kepada mereka yang telah terbukti prejudis dan berat sebelah kepada agama Islam selama ini. 

Rujukan: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/15-tanah-air/8659-kesan-pengesahan-icerd
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/15-tanah-air/8658-kesan-icerd-pada-agama-iktibar-tiga-negara

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL