PMRAM Platform Meningkatkan Kualiti Pendidikan

KAHERAH, 7 Julai- PMRAM sentiasa menitik beratkan pencapaian akademik Azhari demi mempertingkatkan taraf kualiti mahasiswa Universiti Al-Azhar .
Oleh kerana yang demikian, PMRAM telah merencanakan pelbagai langkah untuk merealisasikan pencapaian tersebut sekaligus memberi persediaan secukupnya pada mahasiswa baru .
Antara program yang telah PMRAM jalankan, di bawah Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM berjaya menyusun kelas bimbingan untuk mahasiswa/mahasiswi baru ,mengadakan peperiksaan percubaan dan kelas pengajian tafaqquh .
Ini menunjukkan bahawa PMRAM begitu memandang serius dalam memacu agenda pendidikan mahasiswa Al-Azhar .
Tidak dapat tidak PMRAM merupakan medium terbaik untuk menjana kualiti pendidikan Azhari seiring dengan keperluan semasa.
" PMRAM akan terus memastikan kualiti dan taraf pendidikan Azhari agar dijadikan ikon serta tauladan yang baik untuk generasi masa hadapan " ujar Saudara Ahmad Daniel bin Mohmed Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.
Comments