PRINSIP PEWARISAN DALAM ISLAM..


PRINSIP PEWARISAN DALAM ISLAM

Kaedah-kaedah pewarisan dalam Islam 
Terbinanya hak-hak pewarisan dalam perspektif undang-undang Islam.

PERTAMA: Melalui 2 hubungan iaitu hubungan kekeluargaan dan perkahwinan

1) Hubungan kekeluargaan merangkumi hubungan keibubapaan
(antara anak dan ibu bapa) 
- manakala hubungan persaudaraan merangkumi 3 aspek :
* saudara seibu sebapa
* saudara sebapa sahaja
* saudara seibu sahaja

2) Hubungan perkahwinan menjadi sebab mewarisi harta.

KEDUA: Tidak mengambil kira samada lelaki atau perempuan,tua atau muda,pada asalnya setiap daripada mereka mempunyai hak dalam pewarisan.

KETIGA : Antara ibu bapa dan anak (mereka merupakan usul dan furu’ dalam pewarisan, hak mereka tidak akan sesekali tergugur walau dalam keadaan apa sekalipun, akan tetapi mereka hanya akan terkesan dari sudut bahagian-bahagian yang bakal mereka perolehi disebabkan wujudnya pihak yang lain.

KEEMPAT: Bagi saudara lelaki atau perempuan si mati, tiada pewarisan untuk mereka sekiranya ibu bapa si mati masih hidup.Tetapi dengan kewujudan mereka mampu mengurangkan kadar pemilikan si ibu dari satu pertiga(1/3) kepada satu perenam( 1/6).

KELIMA: Sekiranya berkumpul waris si mati lelaki atau perempuan,maka lelaki akan mendapat bahagiannya sekali ganda dari waris perempuan.



( “PANDANGAN ISLAM KE ATAS PENGAGIHAN HARTA PENINGGALAN KE ATAS KAUM KERABAT DAN SUAMI ATAU ISTERI,MAMPU UNTUK MENGGANDAKAN KEIKHLASAN PADA HATI , DAN MERAPATKAN HUBUNGAN SESAMA MEREKA, MENJADIKAN SESAMA MEREKA SANGAT PEKA KE ATAS KEBAIKAN ORANG LAIN YANG MENGAMALKAN HAK PEWARISAN HARTA INI.”)


HARTA PENINGGALAN:

Islam berpendapat: Harta peninggalan yang diagihkan kepada pewaris si mati mengikut prinsip ini, ianya merupakan baki dari harta si mati setelah diselesaikan hutang si mati dan setelah dilaksanakan wasiat si mati.

Menurut pendapat juga,berwasiat dengan sesuatu itu, tidak harus buat mereka yang tidak berhajat padanya, dan begitu juga tidak harus sekiranya di situ ada kemudharatan pada pewarisan. Nabi Muhammad S.A.W telah menetapkan bahawa wasiat yang diharuskan adalah satu pertiga (1/3) dari harta peninggalan.

Sabdanya:”Satu pertiga (1/3){ satu pertiga (1/3) itu banyak} dalam Islam ……………………………………………………………………………………………………………

Firman ALLAH S.W.T. :” Setelah (dipenuhi) wasiat yang mereka buat atau ( dan setelah dibayar)hutangnya dengan tidak menyusahkan ( kepada ahli waris) dan demikianlah ketentuan ALLAH “.
(AN-NISA : 12)


SUMBER-SUMBER PEWARISAN DALAM AL-QURAN ATAU
DALIL-DALIL PEWARISAN

-Telah dijelaskan di dalam al-quran pada surah An-Nisa di dalam ayat mengenai bahagian untuk anak-anak,iba bapa,suami isteri dan saudara si mati.

Firman ALLAH S.W.T:

( Allah mensyariatkan(mewajibkan)kepadamu tentang pembahagian warisan untuk anak-anakmu 
(yaitu ) bahagian seorang anak lelaki sama bahagian dengan dua orang anak perempuan.Dan jika anak itu semuanya perempuan yang berjumlah lebih dari dua,maka bahagian mereka dua pertiga (2/3) dari harta peninggalan.Jika anak perempuan itu seorang sahaja,maka dia akan mendapat setengah daripada harta peninggalan.Dan untuk kedua ibu dan bapa,masing-masing akan mendapat bahagian satu perenam ( 1/6) dari harta peninggalan si mati,jika si mati mempunyai anak.Manakala jika si mati tidak mempunyai anak maka harta tersebut akan diwarisi oleh kedua ibu bapa simati sahaja,iaitu bagi ibu akan mendapat satu pertiga (1/3).Jika si mati mempunyai beberapa saudara,maka ibunya akan mendapat satu perenam (1/6) bahagian dari harta peninggalan.(pembahagian-pembahagian di atas) akan dibahagikan dengan bahagian masing-masing setelah dibayar hutang.Sesungguhnya bagi kedua ibubapamu dan anak-anakmu,kamu tidak mengetahui siapakah di antara mereka yang lebih banyak member manfaat bagi kamu.Sesungguhnya ini adalah ketetapan dari Allah yang Maha Mengetahui dan lagi Maha Bijaksana.) 
(An-Nisa:11)

(Dan bagimu (suami-suami),dalam hal warisan adalah seperdua (1/2)dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu,jika mereka tidak mepunyai anak.Jika isteri-isterimu mempunyai anak,maka kamu akan mendapat seperempat (1/4) dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka (isterimu) buat atau dan sesudah dibayar hutangnya.Para isteri memperolehi seperempat (1/4) harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak.Jika kamu mempunyai anak,maka para isterimu akam memperolehi satu perlapan(1/8) dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat dan sesudah dibayar hutang-hutangmu.Jika seseorang meninggal,tidak kira lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak,tetapi mempunyai seorang saudara lelaki( seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja),maka masing-masing dari kedua jenis saudara akan mendapat satu perenam (1/6) harta peninggalan.Tetapi jika saudara-saudara seibu lebih dari seorang,maka mereka akan berkongsi dalam satu pertiga (1/3) dari harta peninggalan.setelahmana dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya dan dibayar hutang-hutangnya dengan tidak member mudharat kepada ahli waris.Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang sedemikian sebagai syariat yang benar-benar dari Allah,dan Allah Maha Mengetahui,lagi Maha Penyantun.)
(An-Nisa:12)

(Mereka meminta fatwa kepadamu(tentang kalalah).Katakanlah:” Allah member fatwa kepadamu tentang kalalah( yaitu),jika seseorang meninggal dunia,dan dia tidak mempunyai anak tetapi mempunyai saudara perempuan,maka bagi saudara perempuannya itu (1/2) dari harta peninggalannya,dan saudara lelaki akan mempusakai (harta) saudara perempuan,jika ia tidak mempunyai anak.Tetapi jika saudara perempuan itu dua orang,maka bagi keduanya (2/3) dari harta peninggalan si mati.Dan jika( mereka ahli waris) itu terdiri dari saudara-saudara lelaki dan perempuan,maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan.Allah menerangkan( hukum ini) kepadamu,supaya kamu tidak sesat.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 
(An-Nisa:176)

HIKMAH DALAM PEWARISAN HARTA

Dalam Islam banyak prinsip dan syariat yang datang kepada Nabi untuk merubah system penindasan harta.Sepertimana, penindasan di zaman jahiliyah.Maka terhasil daripada system pewarisan di dalam Islam kepada beberapa asas.

1) Asas di dalam kehidupan setiap lelaki dan perempuan : Islam memandang kepada bebanan yang ditanggung oleh seorang lelaki dalam kehidupannya sebagai ketua untuk mencari nafkah isteri dan anak-anaknya.Maka tanggungjawab yang dipikul oleh seorang lelaki samada daripada bebanan diri atau tanggungannya menunjukkan kepada keadilan Islam dalam membahagikan harta pusaka.

2) Asas di dalam kehidupan berkeluarga : Islam memandang kepada harta peninggalan supaya dibahagikan kepada anak-anak, ahli keluarga dan isteri-isteri supaya meletakkan di dalam hati, mengeratkan hubungan di antara mereka dan menjadikan mereka tidak tamak dalam mewarisi harta.

3) Asas di dalam kehidupan berjamaah : Islam meletakkan kepada 2 fokus utama yang bahaya dalam asas berjamaah bagi sistem pewarisan harta;

1) Tidak memberikan harta kepada yang selayaknya malah diberikan hanya kepada individu tertentu. Ini menyebabkan timbulnya penindasan harta yang perlu diberikan kepada yang selayaknya.

2) Haram dikhususkan pemberian harta pusaka hanya kepada golongan tertentu sedangkan mereka mempunyai pertalian darah dan kerabat dengan si mati, maka tidak boleh diberikan harta pusaka hanya kepada orang tertentu sahaja kerana ia membawa kepada penindasan dalam pewarisan.

Sumber : Majalah Al Azhar

Disediakan oleh : Gabungan Mahasiswa Tahun Akhir ( GEMPITA ) BKPPPM 2014-15





Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL