MINDA PIMPINAN | ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN

            ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN

                        بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, kita memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah Rabbul Jalil di atas kurnia-Nya.Salam selawat kita panjatkan buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW di atas Baginda menyampaikan dakwah Islam kepada kita semua.

Allah SWT menyebutkan kepada Rasul-Nya yang menjadi teladan kepada seluruh manusia sebagaimana firman-Nya:
{ فَٱسۡتَقِمۡ كَمَاۤ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ }
Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh berada atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu;, dan (juga) orang-orang yang telah bertaubat bersamamu berbuat demikian; dan janganlah kalian melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kalian kerjakan.
[Surah Hûd: 112]

{ وَلَا تَرۡكَنُوۤا۟ إِلَى ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِیَاۤءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ }
Dan janganlah kalian cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kalian berlaku demikian) menyebabkan kalian dibakar oleh api neraka, sedang kalian tidak mempunyai sesiapa pun sebagai penolong selain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan itu) kalian tidak akan mendapat pertolongan.
[Surah Hûd: 113]

 Apa itu Istiqamah?
Istiqamah berasal daripada perkataan Arab “Istaqama” yang bermaksud tetap teguh mengikuti satu jalan atau dengan kata lain, konsisten dalam tindakan berdasarkan satu panduan. Manakala makna Istiqamah secara khusus menurut Islam dijelaskan oleh Imam Al- Nawawi sendiri dalam kitabnya Riyadhus Solihin dengan katanya : ‘’ Berkata para ulama bahawa makna istiqamah adalah sentiasa mengikut ketaatan kepada Allah ﷻ . 
Itulah Istiqamah yang diberikan penekanan oleh Al-Quran dan Hadis .Seseorang yang mempunyai sifat istiqamah bagaikan batu karang yang berada di tengah-tengah lautan yang tidak tergeser sedikit pun, meskipun dihentam oleh gelombang yang sangat besar.Istiqamah terwujud kerana adanya keyakinan akan kebenaran dan bersedia menanggung risiko. Sikap ini wajib dimiliki setiap muslim. Istiqamah juga dapat membantu kita untuk membentuk sikap dan perilaku yang sesuai dengan ajaran Islam.

Hikmah Istiqamah
Di antara hikmah bila adanya sifat istiqamah adalah seperti berikut:
1. Orang yang istiqamah akan dijauhkan oleh Allah Swt. dari rasa takut dan sedih sehingga dapat mengatasi rasa sedih yang menimpanya, tidak hanyut dibawa kesedihan dan tidak gentar dalam menghadapi kehidupan masa yang akan datang.
2. Orang yang istiqamah akan mendapatkan kesuksesan dalam kehidupan di dunia karena ia tekun dan bersungguh-sungguh .
3. Orang yang istiqamah dan selalu sabar serta mendirikan salat  akan selalu dilindungi oleh Allah swt.

Diantara tingkah laku  yang Mencerminkan Sikap Istiqamah ialah : 
• Melaksanakan semua yang Allah dengan ikhlas.
• Sabar ketika ditimpa ujian atau cobaan.
• Tidak tertipu oleh kemewahan kehidupan dunia.
• Ibadah (solat) tepat pada waktunya.
• Terus berprasangka baik kepada Allah.
• Tetap berada di jalan Allah pada setiap keadaan.

Seterusnya , Istiqamah juga berhubungkait rapat dengan perjuangan. Perjuangan yang dihiasi cabaran yang pahit dan ujian yang getir. Namun, jika kekal istiqamah, hasilnya manis.Perjuangan Islam ini tidak pernah dijanjikan laluan yang mudah dan selesa. Para pejuangnya akan diuji oleh Allah SWT. Menghadapi payah sukar dalam perjuangan ini adalah sunnatullah yang mesti dilalui dengan sabar dan tabah oleh para pejuang. Selagi mana Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pedoman dan rujukan Kita dituntut untuk terus beristiqamah hingga ke akhir hayat. Menggenggam bara di akhir zaman perlukan himmah dan pengorbanan. Walaupun dihina dan dikhianati , tekad dan langkah takkan berhenti.
Daripada Sayidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Amalan paling dicintai Allah SWT ialah amalan berterusan walaupun sedikit." 
(HR Muslim).

Semoga kita diberikan kekuatan istiqamah dalam melaksanakan kebaikan walaupun ianya sedikit tetapi disukai oleh Allah SWT.
Wallua’alam . 
 
 
………………………………………………………...........
Muhammad Najmi bin Mohd Fauzi
(Lajnah Perumahan Sesi 2022/2023) 
 
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan” 
“Ukhuwah Dipateri, Thaqafah Diamati” 
 
#BKPPPM_KeluargaKita 
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL