Minda Murabbi | Perang Senjata VS Perang Pemikiran
Ghazwul
Fikri,
adalah perang pemikiran iaitu serangan dengan berbagai cara terhadap pemikiran
umat islam sehingga tidak lagi mampu memahami kebenaran kerana telah bercampur
aduk dengan hal yang bertentangan dengan syariat. Ini adalah cara musuh Islam menghancurkan kaum
muslimin yang jauh berbeza dengan perang ketenteraan atau fizikal yang
lebih soft, jimat
masa dan wang bahkan lebih efektif dari perang militer yang banyak mengerah
tenaga.
Perang pemikiran ini dirancang dan dilaksanakan secara
sistematik dan tersusun untuk melakukan brain-wash kepada kaum muslimin
agar tunduk dan mengikuti cara hidup kaum muslimin.
Hal ini disebabkan sukarnya mengalahkan umat Islam secara
militer. Invasi militer ini memakan biaya dan korban yang besar. Perang di
Afghanistan, Iraq, Chechnya, Syria membuktikan mereka tidak mampu mengalahkan
dan menguasai Negara umat Islam, sehingga mereka mencari ‘jalan lain’ untuk
mengalahkan kaum muslimin yang hasilnya membuahkan penjajahan era baru terhadap
dunia Islam.
Perang dengan Ghazwul Fikr, biayanya jauh lebih rendah, kerana
tidak perlu membeli peralatan ketenteraan. Yang diperlukan hanya menyebarkan fikrah
yang mereka usung keseluruh belahan dunia dengan tujuan
imperialisme-kolonialisme. Cara ini mampu melumpuhkan umat muslim sampai ke
akarnya. Media Massa dimanfaatkan dengan maksimal untuk menyalurkan pemikiran
dan doktrin busuk mereka supaya terlihat indah dan menawan. Antara contoh jenis
pemikiran yang songsang tetapi telah berjaya membutakan mata kaum muslim ialah
Liberalisme yang mengangkat kebebasan, hedonisme yang bermatlamatkan
keseronokan tanpa had serta sekularisme yang memisahkan agama dan pemerintahan.
Ghazwul Fikr juga lebih mudah dilakukan kerana adanya bantuan
kaki tangan mereka dari kalangan munafiqin yang berkolaborasi menyebarkan virus
pemikiran yang sesat dengan slogan-slogan yang mampu menarik minat umat islam,
seperti kebebasan berpikir, toleransi, human right, dan sebagainya.
Pemimpin Negara islam yang berkiblat pada barat dengan mudah dikawal bahkan
dijadikan boneka mereka dengan menjalankan pemerintahan di bawah perintah
asing. Inilah cengkeraman baru barat di dunia islam.
Jelas, Ghazwatul Fikr merupakan peperangan era baru yang sangat
berbahaya kerana sukar dihidu umat islam dan seolah berselindung disebalik hak
kemanusiaan. Umat islam perlu bijak dan menjadikan ilmu sebagai senjata
berhadapan dengan peperangan ini.
Nurul Asyiqin Binti Sazali
Timbalan Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKPPPM sesi 2017/2018
Comments