Krisis Somalia: LE3000 Kutipan Sumbangan Setakat Ini



KAHERAH, 20 Ogos -Berhadapan Krisis kebuluran teruk termasuk keganasan dan pergolakan politik yang melanda rakyat Somalia yang mendapat liputan meluas media antarabangsa baru-baru ini, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) terus mengorak langkah menyatakan kebersamaan dalam isu kemanusiaan yang besar ini dengan melancarkan kutipan sumbangan di seluruh peringkat mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di perlembahan Nil.

Hasil kutipan sumbangan yang telah dilancarkan pada iftor Mahabbah melibatkan BKAN 4 negeri yang diadakan di dataran Haiyyu Asyir baru-baru ini,jumlah ktuipan yang telah diterima oleh pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah menjangkau LE3000 sehingga ke hari ini.
Hasil perbincangan di peringkat PMRAM, kutipan secara besar-besaran dilancarkan di seluruh peringkat BKAN dan DPM sekitar 12 hari bermula pada 15 ogos 2011 sehingga kepada kemuncak 26 ogos 2011 pada akhir program IRHAM yang akan datang.
"Kutipan sumbangan yang PMRAM lancarkan adalah bukti bahawa PMRAM sentiasa bersama dalam apa jua isu yang melibatkan hak dan kemanusiaan sekalipun melibatkan masyarakat luar kerana ia menjadi tanggunggjawab bersama untuk memperjuangkannya, ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi.
"PMRAM juga mengharapkan setiap ahli untuk terus menyumbang dalam tempoh yang ada kerana PMRAM mensasarkan jumlah yang lebih besar daripada jumlah kutipan yang telah dapat dikumpul setakat ini sebagai bukti kesungguhan dan komitmen yang jitu dalam isu rakyat Somalia ini" ujar beliau lagi.
Sasiapa jua boleh terus menghulurkan sumbangan melalui unit kebajikan di BKAN dan DPM masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL