Penuhi Pra-Syarat Kemenangan Islam - Presiden PMRAM

KAHERAH, 29 Ogos - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menegaskan bahawa mahasiswa/wi Islam Mesir mesti memenuhi pra-syarat kemenangan Islam dalam melaksanakan gerak kerja Islam.
Beliau menegaskan perkara tersebut dalam ucapan perasmian penutupan program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh BKKIMM di Wisma Melaka malam tadi.
Antara pra-syarat yang ditegaskan oleh beliau ialah mahasiswa/wi Islam mesti sentiasa bersemangat dalam melaksanakan gerak kerja Islam.
Selain itu, doa merupakan senjata utama bagi orang mukmin ketika berhadapan dalam sesuatu situasi.
Beliau menceritakan sirah rasulullah SAW ketika peperangan Badar Al-Kubra yang menyaksikan peperangan penentu antara hak dan batil.
Bahkan, mahasiswa/wi Islam mesti memahami apa hakikat perjuangan yang dibawa oleh mahasiswa/wi supaya tidak lemah dan putus asa apabila berhadapan dengan ancaman dan tekanan.
"Perjuangan mempertahankan BKKIMM daripada terus dinafikan hak adalah kewajipan mahasiswa/wi Islam Melaka khasnya kerana BKKIMM membawa agenda Islam. Justeru, penuhi pra-syarat kemenangan Islam agar perjuangan kita mencapai kemenangan," ujar Presiden PMRAM.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL