Isu Mahasiswa Perubatan Tanta, PMRAM Akan Bertindak


KAHERAH, 19 Ogos - Isu seorang mahasiswa perubatan di Tanta, Saudara Muhammad Alif Sofian Gan yang tidak dapat memasuki peperiksaan akhir tahun pada Jun baru-baru ini mendapat perhatian serius di peringkat PMRAM.

Beliau dilaporkan tidak dapat memasuki peperiksaan akhir tahun kerana fail atau dokumen pengajian beliau tidak sampai ke pihak Universiti Tanta untuk diproses.
Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Perubatan telah pun pergi menemui pihak pegawai EM yang terlibat iaitu En Khairi Jalalludin, namun masalah yang dihadapi oleh mangsa masih belum selesai. Sehinggakan beliau dikira gagal pada peperiksaan akhir tahun pada semester pertama iaitu Jun lalu.
PMRAM juga mendapat maklumat bahawa mangsa sehingga ke hari ini tidak dapat menduduki peperiksaan akhir tahun pada semester kedua yang sedang berlangsung sekarang.
"PMRAM dimaklumi bahawa hal ini berlaku apabila En Khairi Jalalludin enggan turun ke Universiti Tanta dengan lebih awal pada Jun lalu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Saudara Muhammad Alif," ujar Naib Presiden III, Saudara Syeikh Mujahid.
"Selain itu, PMRAM juga mendapat laporan bahawa pada awal kes berlaku sepatutnya En Khairi Jalalludin mengeluarkan surat rasmi kepada pihak Universiti Tanta untuk menyelesaikan masalah ini namun ia tidak berlaku," tambah beliau lagi.
PMRAM akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung isu ini daripada pihak mangsa dan Perubatan Cawangan Tanta melalui Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan DPM Tanta dengan segera bagi memudahkan tindakan diambil.
"Insyaallah, PMRAM akan mengambil maklumat penuh untuk disiasat seterusnya menyusun langkah bagi membantu pihak mangsa," jelas beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL