Isu Pengklonan Dari Sudut Syariah

Teknik pengklonan terbahagi kepada dua: 1) Pengklonan janin atau embrio (embryo cloning). Pengklonan ini telah ijalankan ke atas haiwan ternakan bagi menghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedah ini, iaitu bagi membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetic seperti Parkinson dan cystic fibrosis. Dengan itu, para saintis tidak lagi perlu bergantung kepada janin yang diambil dari klinik kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan janin-janin asal. 2) Pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nucleus (nuclear transfer technology) Kaedah ini telah digunakan bagi mencipta seekor kambing yang dinamakan Dolly. Sebelum ini belum pernah seekor mamalia dilahirkan hasil penggunaan teknik tersebut. Pengklonan DNA dewasa melalui teknik nuclear transfer bertujuan: 1) Pembiakan (Reproductive reason): Peng...