Maal Hijrah : HEWI PMRAM Berkongsi I'brah
Kaherah,
25 Nov -Sempena meraikan hari kebesaran islam yang julung kalinya
disambut setiap tahun,seluruh barisan kepimpinan HEWI PMRAM telah
menerima jemputan dari BKAN angkat masing-masing untuk memberi pengisian
mengenai sambutan Maal Hijrah 1433 H.
Antara pengisian yang telah dijalankan di setiap BKAN ialah bacaan doa awal dan akhir tahun, solat hajat serta pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh hewi angkat masing-masing.
Seluruh kepimpinan HEWI PMRAM telah mengingatkan kepada seluruh ahli di BKAN supaya mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w yang mana setiap perbuatan atau amalan yang menuju ke arah kebaikan ianya di kira sebagai hijrah.
Ini juga merupakan salah satu langkah dalam mengetengahkan HEWI PMRAM pada tahun ini. Harapan di peringkat seluruh ahli HEWI PMRAM agar turut sama menjayakan agenda pembangunan mahasisiwi bertepatan dengan pembawakan HEWI PMRAM pada tahun ini di bawah subtopik " Jana Thaqafah Gilap Mahabbah ".
Sumber : HEWI PMRAM

Comments