Mesir:Sabotaj Letupan Saluran Paip Yang Membekalkan Gas Mesir Ke Israel

Menurut agensi berita MENA telah melaporkan tindakan sabotaj meletupkan saluran paip yang membekalkan gas kepada Israel kira-kira 60 km (37 batu) barat bandar Mesir Al-Arish pada hari ini (Jumaat-25/11/11).Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa letupan itu telah menyebabkan sedikit kerosakan dan api tidak dapat dinyalakan kerana gas tidak mengalir melalui saluran paip ketika kerja pembaikan dari serangan sebelumnya. Setakat ini, tiada laporan kecederaan. Saluran tali paip yang membawa gas melalui Sinai ke Jordan dan Israel telah diserang sebanyak tujuh kali pada tahun ini. Serangan pertama telah dilakukan semasa revolusi kebangkitan besar-besaran yang menjatuhkan kekuasaan Presiden Husni Mubarak pada Februari yang lalu.

Serangan terakhir telah dilakukan 2 minggu yang lalu apabila dua letupan melanda seksyen saluran paip yang sama. Tentera telah dikerah untuk memantau tempat letupan. Penghantaran gas kepada Israel telah dipersetujui Mubarak telah mendapat krtikan hebat. Israel menjana 40 peratus daripada kuasa elektrik melalui gas asli tersebut manakala Mesir menyediakan 43 peratus daripada bekalan gas.

Pihak berkuasa Mesir telah mengumumkan beberapa kali langkah-langkah untuk meningkatkan perlindungan saluran paip dan cuba untuk menangkap suspek yang melakukan serangan. 
 

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL