Dr. Yusuf Al-Qaradawi di Al-Azhar sertai kempen bela Al-Aqsa

Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Al-Qaradawi turut menyertai 'Jumaat Al-Aqsa' di Masjid Al-Azhar hari ini dalam tunjuk perasaan yang diundang oleh Kesatuan Ulamak dan Jawatankuasa Kempen Masyarakat Menentang Pengyahudian Al-Quds (BaitulMaqdis).

Sumber dari kempen berkenaan berkata, penduduk Mesir dijemput solat di Masjid Al-Azhar Sharif sebagai bantahan kepada tindakan zionis yang melakukan kerja pengyahudian sehasta demi sehasta ke atas Masjid Al-Aqsa dan BaitulMaqdis (Al-Quds). Berhubung pengyahudian, Pihak Berkuasa Penjajah telah mengeluarkan ketetapan meroboh jambatan Bab Al-Magharibah berkuatkuasa pada esok hari sehinggalah selesai kerja perobohan atas dakwaan kedudukan jambatan tersebut menimbulkan bahaya.


Kata Perancang Kempen, Dr.Jamal Abdul Salam bahawa pihak penganjur menyatakan tunjuk perasaan ini akan selalu diadakan agar mesej ini sampai kepada rejim zionis, maknanya masyarakat Mesir, negara Arab yang lain dan umat Islam tidak melupai Al-Aqsa dan BaitulMaqdis meskipun masing-masing ditimpa berbagai-bagai peristiwa.

Beliau menyatakan, kempen sedemikian tidak bertembung dengan apa yang diadakan di Dataran Tahrir sekarang ini, kempen di Masjid Al-Azhar hanya berlangsung selama satu jam selepas solat Jumaat dan berlanjutan di semua masjid di Mesir, malahan ucapan-ucapan menyebut pendirian yang sama bagi membantah tindakan penjajahan zionis.



Sumber : MAP 2 STREET

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL