Posts

Laporan Combo Campaign 2018/2019

Image
17 November 2018, Telah berlangsung dengan jayanya majlis Combo Campaign Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2018/2019 serta pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok di Dewan Soleh Al Masri. Majlis bermula jam 7.30 malam dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kalam aluan pengerusi majlis oleh saudara Muhammad Abdullah Bin Abu Bakar. Majlis diteruskan dengan pembentangan kempen-kempen daripada Jabatan dan Lajnah BKPPPM. Pembentangan dimulakan dengan Ketua Lajnah Ekonomi oleh saudara Muhammad Irham Bin Izhar,  diikuti Ketua Lajnah Perumahan oleh saudara Mohd Syamil Uzair Bin Zainal, Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan oleh saudara Zul Arief Bin Zulkepli, Ketua Lajnah Pendidikan oleh saudara Muhamad Nur Aiman Bin Mohd Zuki, Ketua Lajnah Dakwah oleh saudara Muhammad Syahir Bin Abd. Rahman dan diakhiri dengan Bendahari Agung saudara Mohamad Hamizan Bin Che Sab . Kemudian, majlis diteruskan dengan pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok ol...

Apakah tidak jelas lagi, ICERD ini wajib dibantah?

Image
BANTAHAN ICERD Definisi ICERD adalah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum ( International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination) yang merangkumi 3 bahagian dan 25 artikel. Konvensyen ini dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969, hingga hari ini Malaysia tidak mengesahkannya. Sebanyak 15 buah negara tidak mengesahkan Konvensyen tersebut termasuk Malaysia, Brunei dan Israel. Apakah yang diperuntukkan oleh ICERD? Antaranya takrifan "diskriminasi kaum" yang bermaksud "sebarang   perbezaan", pengecualian, sekatan, atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, dan keturunan. Secara ringkasnya, ia memberi kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi. Selain itu, konvensyen ini memperuntukkan juga diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan. Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan ...

Minda Murabbi | PEMERINTAHAN DAN KEPEMIMPINAN RASULULLAH S.A.W

Image
PEMERINTAHAN  DAN  KEPEMIMPINAN  RASULULLAH  S.A.W Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian. Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum yang berkait...

Minda Murabbi | Munafik Virus Umat

Image
Munafik Virus Umat. Golongan munafik yang berada dalam tubuh umat Islam menyimpan banyak strategi yang licik tanpa peduli halal-haram. Mereka adalah mata orang-orang kafir dan musuh Islam yang sengaja ditanam. Mereka akan selalu mencari helah untuk merosakkan kehidupan, mental spiritual, dan persatuan kaum muslimin. Mereka sangat membahayakan Islam dan kaum muslimin. Allah ‘azza wajalla berfirman, وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ ۖ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ ۖ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ ۖ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ “ Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah mem...

Minda Pimpinan | Gempa Bumi di Sulawesi

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أللهم صل على سيدنا محمد. أما بعد، Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia dan inayah-Nya kerana masih memberikan kita peluang dan keizinan untuk merasai pelbagai nikmat dan nikmat yang paling terbesar dalam hidup kita iaitu nikmat iman dan nikmat menjadi seorang muslim yang berada di jalan-Nya yang benar. Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi gempa bumi yang menimpa rakyat Sulawesi yang begitu dasyat. Mengapa itu boleh terjadi? Dengan ombak setinggi 18 kaki (5.48 meter) pada Jumaat ‘mencuci’ seluruh kawasan berpantai di Sulawesi dengan daerah Palu dan Donggala menerima kesan yang paling teruk. Gempa bumi dan ombak tinggi berkenaan meragut sehingga kini 1200 nyawa di pulau berkenaan yang didiami sekitar 17 juta orang. Bukan sahaja mengorbankan nyawa yang ramai, ben...

Minda Murabbi | Perang Senjata VS Perang Pemikiran

Image
Ghazwul Fikri , adalah perang pemikiran iaitu serangan dengan berbagai cara terhadap pemikiran umat islam sehingga tidak lagi mampu memahami kebenaran kerana telah bercampur aduk dengan hal yang bertentangan dengan syariat .  Ini adalah cara musuh Islam menghancurkan kaum muslimin yang jauh berbeza dengan perang ketenteraan atau fizikal yang lebih  soft,  jimat masa dan wang bahkan lebih efektif dari perang militer yang banyak mengerah tenaga. Perang pemikiran ini dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun untuk melakukan brain-wash kepada kaum muslimin agar tunduk dan mengikuti cara hidup kaum muslimin. Hal ini disebabkan sukarnya mengalahkan umat Islam secara militer. Invasi militer ini memakan biaya dan korban yang besar. Perang di Afghanistan, Iraq, Chechnya, Syria membuktikan mereka tidak mampu mengalahkan dan menguasai Negara umat Islam, sehingga mereka mencari ‘jalan lain’ untuk mengalahkan kaum muslimin yang hasilnya membuahka...

FIQH dan Penyelesaian isu Autisme

Image
Bismillahirahmanirahim.  Baru-baru ini, tular isu berkenaan seorang pemuda autisme yang ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan seorang gadis. Isu ini menimbulkan polemik berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan untuk menahannya adalah mengikut SOP biasa, sedangkan beliau mempunyai kapasiti umur mental yang tidak sama dengan pemuda normal yang lain. Hal ini sekaligus membuka mata segenap peringkat anggota masyarakat terutama dalam aspek berkenaan SOP khusus untuk menangani golongan seumpama ini. Kami mengambil cakna dan prihatin berkaitan isu ini dan sedaya upaya cuba memberikan ulasan menurut perspektif Syarak. Jadi, pada kali ini tajuk berkaitan dengan Autisme: Fiqh Dan Penyelesaian Isunya dikira agak sesuai, Semoga pencerahan ini memberi manfaat serta membantu membuka ruang yang lebih luas dalam memahami dan menangani golongan seperti ini. Definisi Dalam Bahasa Arab, ia dikenali sebagai  al-tawahhud  (التوحد) atau  al-zatawiy...