HIJRAH BUKAN UNTUK PENDOSA





HIJRAH BUKAN UNTUK PENDOSA

Bertepatan dengan tanggal 1 Muharram 1442H, permulaan kalendar tahun baru Islam sering dikaitkan dengan penghijrahan sesuatu kepada yang lebih baik.

Benarkah hijrah hanya untuk orang yang banyak dosa?

Jawabnya, semua orang boleh melakukan hijrah iaitu bermuhasabah diri dan memperbetulkan mana-mana sikap yang tidak baik dalam diri masing-masing.

Hijrah bukan untuk orang yang berdosa atau untuk orang tidak baik atau banduan dalam penjara sahaja, tetapi sebenarnya untuk kita semua yang digelar hamba.

Sebaiknya, semak semula dalam diri kita mana yang tidak betul, kita perbetulkan. Mana yang buruk dalam diri, kita perbaiki. Itulah hijrah yang sebenarnya.


Sabda Rasulullah SAW:

"Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang bersalah itu ialah orang yang cepat-cepat bertaubat (kepada ALLAH)."
(Riwayat al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Dalam hadis berkenaan, menerangkan setiap anak Adam pasti akan berbuat dosa. Ini bermakna, setiap orang pasti akan berbuat salah dan sudah pasti ada keburukan pada dirinya.

Siapa yang berkata bahawa dia tidak berbuat dosa, sebenarnya dia telah berdosa. Orang yang tidak berbuat dosa selalunya akan menyesali dirinya. Sepertimana peribadi Nabi Muhammad SAW. Walaupun baginda SAW tidak berbuat dosa, namun Baginda akan beristighfar paling kurang sebanyak 70 kali sehari dan ada riwayat mengatakan Rasulullah SAW beristighfar lebih 100 kali sehari.

Apapun, sebagai umat Islam, kita perlu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Jika seseorang itu tidak baik, dia perlu mengubah dirinya kepada yang baik, manakala mereka yang baik pula perlu istiqamah dan usaha menjadi lebih baik.



Barangkali ada dalam kalangan mereka yang sudah baik tetapi datang pula sikap buruk sangka terhadap orang lain. Maka, gantikan sikap itu dengan berbaik sangka. Bagi yang kedekut, gantikan sikap itu dengan dermawan dan lain-lain.

“Tidak semestinya pada tahun baharu sahaja menjadi masa terbaik untuk pasang azam, sebaliknya sebagai umat Islam sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk menjadi lebih baik setiap hari.

Apa yang lebih penting, lembaran hijrah ini perlu sentiasa dihidupkan dengan meletakkan matlamat memelihara dan menegakkan agama Allah SWT.

Salam Maal Hijrah.
Moga Tahun Baru ini membawa seribu pengertian dan kebaikan dalam hidup kita semua.



.............................................................................
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu


NUR NADIAH AHZA BINTI ZAIDI
(Timbalan Unit Penerangan & Informasi BKPPPM 19/20)

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL