LAPORAN JAULAH MAKAM DAN BAJU SEJUK 2019





November 2019, KAHERAH  – Unit Sambutan dan Rehlah, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2019/2020 telah menganjurkan Jaulah Maqam dan Baju Sejuk yang telah diadakan pada 8 November 2019 bagi Ikhwah dengan bilangan seramai 75 orang 4 orang pengiring, manakala disebelah akhawat diadakan pada 16 November 2019 dengan bilangan seramai 90 orang beserta 8 orang pengiring.

     Perjalanan bermula seawal jam 3.00 pagi dengan menaiki sebuah bas dan coaster bagi Ikhwah dan 2 buah bas bagi Akhawat. Rombongan jaulah berhenti seketika di perhentian untuk menunaikan solat fardu Subuh dan kembali meneruskan ke destinasi. Destinasi pertama yang telah dibawa adalah maqam Syeikh Mutawalli Sya'rawi. Beliau merupakan seorang tokoh ulama besar Mesir yang masyhur dan juga seorang mufassirin yang dihormati.

     Seterusnya rombongan meneruskan perjalanan ke Ra'sul Bahr. Setelah sampai peserta diberikan penerangan mengenai tempat tersebut iaitu tempat pertemuan Sungai Nil dan Laut Mediterranean. Firman Allah S.A.W di dalam Surah Al-Furqan ayat 53 yang bermaksud ''Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir(berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit dan Dia menjadikan keduanya dinding dan batas yang menghalanginya''.


     Destinasi  terakhir adalah ke Port Fuad dan Port Said iaitu pelabuhan yang terbesar di negara Mesir. Rombongan telah tiba di Masjid Besar Port Fuad untuk menunaikan solat Jama' Qasar Zohor dan Asar serta makan. Seterusnya bergerak ke Suq Adim untuk membeli belah baju sejuk dan berhenti seketika untuk menunaikan solat Jama' Qasar Maghrib dan Isyak. Pada jam 9.00 malam rombongan bergerak pulang dari destinasi terakhir dan telah sampai di perkarangan Asrama Pulau Pinang pada jam 11.30 malam.

     Ucapan terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kepada semua yang terlibat dalam menjayakan jaulah yang telah diadakan. Semoga jaulah ini dapat mengerat dan mengukuhkan lagi ukhuwah antara satu sama lain.

Disediakan oleh :
Unit Sambutan Dan Rehlah BKPPPM sesi 19/20
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

"Ribat Ukhuwah, Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL