LAPORAN LAWATAN USMB '19 KE MAQAM SEKITAR KAHERAH




LAPORAN LAWATAN USMB '19 KE MAQAM SEKITAR KAHERAH

Firman Allah S.W.T:

وَلا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْواتٌ بَلْ أَحْياءٌ وَلكِنْ لاَّ تَشْعُرُونَ

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam, perjuangan membela agama Allah itu : orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istemewa) tetapi kamu tidak menyedari.”
(Surah al-Baqarah : 154)
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan Jaulah (lawatan) maqam sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/i baru yang dikelola oleh Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/i Baru (USMB 19’) BKPPPM.

Lawatan tersebut berlaku pada hari Sabtu, 4 Mei 2019 secara berasingan siswa dan siswi dengan bilangan peserta disebelah mahasiswi seramai 26 orang  bersama 7 orang pengiring perempuan. Manakala, peserta mahasiswa seramai 42 orang berserta 4 orang pengiring lelaki.

Perjalanan lawatan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan menaiki sebuah van dan  4 buah coaster. Rombongan peserta dibawa menziarahi dan melawat beberapa maqam para ahli bait Rasulullah s.a.w, para wali Allah, alim ulama dan lain-lain yang terdapat di sekitar Kaherah seperti  maqam Sultan Hanafi, maqam Sayyidi Shihabuddin Al-Ramli Al-Ansori, maqam Imam Ibnu sirin, maqam Saidatina Nafisah, maqam Ibnu hisyam dan selainnya disamping turut diberi penerangan dan kisah disebalik maqam yang dilawati oleh pengiring pada hari tersebut.

Rombongan mahasiswi berhenti rehat untuk solat dan menikmati makanan tengahari di masjid Uqbah Bin Amir. Manakala, bagi mahasiswa berhenti rehat berhampiran masjid Imam as-Syafie. Selesai rehat, lawatan diteruskan ke beberapa maqam yang berbaki dan mengakhiri perjalanan dengan menikmati pemandangan indah di atas Jabal(bukit) Muqattam.


Semua peserta melahirkan rasa syukur dan gembira dengan lawatan yang telah diadakan yang merupakan pengalaman pertama mereka di bumi Mesir. Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kepada semua yang terlibat untuk menjayakan aktiviti lawatan ke maqam sekitar Kaherah baru-baru ini.
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir mengharapkan agar lawatan tersebut dapat menambahkan pengetahuan baru bagi mahasiswa/i baru disamping mengerat dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama ahli Pulau Pinang di perlembahan Nil.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”

Disediakan Oleh : Unit Sambutan Dan Rehlah
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) 2018/19

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL