Minda Murabbi | PEMERINTAHAN DAN KEPEMIMPINAN RASULULLAH S.A.W

PEMERINTAHAN DAN KEPEMIMPINAN RASULULLAH S.A.W Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian. Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum yang berkait...