ANCAMAN LIBERAL TERHADAP ISLAM


   Di era globalisasi ini, seringkali kita mendengar isu-isu berbangkit  mengenai sekularisma,modernisma,liberalisma dan sebagainya.Namun,sejauh mana anda faham tentangnya?
Jadi,kita akan mengupas sebanyak sedikit mengenai liberal.



APA ITU LIBERAL ?


Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Golongan ini menggunakan rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir.

TUNTUTAN LIBERAL

1. Mereka menganut fahaman pluralisme
Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul.
2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia.
3.Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman.

Menurut golongan Islam liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang
4.Mempertikai syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional.
Pada pandangan mereka hukum syariat Islam adalah ciptaan ulama dan fuqaha.
5.Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama.
Golongan Islam liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

ANCAMAN LIBERAL PADA AGAMA 

1.Kecelaruan akidah kerana sifat baik dan buruk yang diajar dalam al-Quran dan Sunnah menjadi teralih dan berubah dengan digantikan dengan cara berfikir bebas.
2.Jati diri dan identiti Islam turut akan terhapus. Kerana jika semua agama dikatakan benar, keyakinan manusia terhadap kebenaran tiada sebarang erti lagi 
3. Menggugat kemutlakan al-Qur’an sebagai kitab suci, wahyu Ilahi
4.Menggugat martabat kerasulan dan keluhuran peribadi Nabi Muhammad s.`a. w.
5.Menggugat autoriti as-Sunnah dan ijmak ulama
6.Menggugat keunggulan syari`at dan kedaulatannya.

 Ancaman yang lebih berat apabila kelombok ini secara terang-terangan membawa masuk konsep ini dalam agama dan menggelarakannya 'Islam Liberal'.
 Mahasiswa/wi Azhari perlu mengambil cakna akan hal, menambah thaqafah serta mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran umat yang dilihat semakin meruncing di Malaysia terutamanya.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat ukhuwah teguh Wehdah”
“Fikrah Thaqafah Biah Wehdah”

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL