LAPORAN BAZARIA MUTIARA’18 BKPPPM




LAPORAN BAZARIA MUTIARA’18






ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya
 Bazaria Mutiara’18 telah pun berlangsung selama 5 hari termasuk persediaan bazar yang bermula  pada 17 hb Mac 2018 sehingga 21 Mac 2018 di pekarangan Asrama Pulau Pinang. Bazaria Mutiara’18 pada kali ini bertemakan “Connecting People,Through Food!” yang berobjektif memperkukuh ekonomi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir disamping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKPPPM.




 Program bermula dengan aktiviti gotong royong pada 17hb Mac 2018 yang melibatkan semua pelajar BKPPPM ikhwah dan akhawat. Gotong royong Mega yang juga di bawah kelolaan Lajnah Perumahan BKPPPM sesi 2017/2018 bertujuan membersihkan kawasan asrama sebagai persediaan Bazaria Mutiara’18 pada keesokan hari.




 Pada 18-21 Mac 2018, telah berlangsungnya Bazaria Mutiara’18 dengan sedikit perubahan teknikal berbanding tahun sebelumnya dimana hanya pengunjung akhawat disediakan tempat pada sesi tengahari manakala ikhwah pada sesi malam. Bazaria Mutiara’18 mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga berlakunya kepadatan pengunjung.




  Program berakhir pada 21hb Mac 2018 dengan aktiviti penyampaian sijil penghargaan kepada para penender serta penyampaian Anugerah Gerai Terbaik Ikhwah dan Akhwat yang dimenangi oleh Gerai Cong Codei dan Bravo. Usai tamat waktu perniagaan pada hari terakhir, Mahasiswa dan Mahasiswi membanting tulang mengemas semula perkakasan serta membersihkan kawasan asrama beramai-ramai.



  Secara keseluruhan, Bazaria Mutiara’18 dilihat berjaya menghubungkan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Azhari di Perlembahan Nil baik dari pelajar Pengajian islam mahupun Sains kesihatan. Mahasiswa dari Mansurah, Shoubra dan banyak muhafazah lain turut serta menghangatkan lagi Bazaria Mutiara’18 pada kali ini.

“Connecting People, Through Food!”
#BazariaMutiara’18
#UkhuwahConnected

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat ukhuwah teguh Wehdah”
“Fikrah Thaqafah Biah Wehdah”

Disediakan oleh:
Ika Suryani Binti Baderol
Setiausaha Bazaria Mutiara’18













Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL