LAPORAN SAMBUTAN JUBLI DELIMA BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2018



LAPORAN SAMBUTAN JUBLI DELIMA BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2018




  





       18 Februari 2018, KAHERAH, Program Sambutan Jubli Delima BKPPPM 2018 bersempena 40 tahun BKPPPM, bertemakan “Sejarah diteladani, Kesatuan dirahmati, Bkpppm di hati" telah melabuhkan tirainya.


Sambutan Jubli Delima telah berlangsung dengan jayanya hampir sebulan bermula dari 24 Januari sehingga 18 Februari. Objektif program ini adalah untuk menghimpunkan ahli BKPPPM dan mengeratkan hubungan silaturrahim sama ada pengajian islam atau sains perubatan di samping menyemai perasaan kasih sayang dan menghargai usaha generasi terdahulu seterusnya membentuk generasi yang sentiasa menyokong dan mendokong islam.


24 Januari, program ini  dimulai dengan ROAD TO JUBLI DELIMA dengan pengisian pertama daripada siri “Daurah Fiqh Saba'ah” sebanyak 7 kali pada hari yang berlainan. ROAD TO JUBLI DELIMA  diteruskan dengan Kejohanan Bola Jaring Sempena Jubli Delima BKPPPM pada 27 Januari  bertempat di padang Musallas bagi siswi dan keesokkan hari diadakan Kejohanan Futsal Jubli Delima BKPPPM bagi siswa di padang futsal Liverpool. Taakhi BKPPPM turut menyertai kejohanan yang dianjurkan kali ini. Seterusnya, pada 30 Januari diadakan Munajat perdana bersempena 40 tahun BKPPPM di surau Soleh al-Masri.


Futsal bersama Taakhi
12 Februari 2018, jam 7:30 malam diadakan Majlis Perasmian Sambutan Jubli Delima BKPPPM bertempat di dewan Soleh al-Masri dimulai dengan ucapan daripada saudara Muhammad Hafizuddin Bin Mat Nasir selaku pengarah Jubli Delima, kemudian diikuti oleh ucapan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 17/18 saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi. Majlis seterusnya dirasmikan oleh saudara Ahmad Muhaimin Bin Mohd Zain Yang Dipertua Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir 17/18.


Slot Myth Busters telah diadakan pada 13 Februari pada jam 7:30 petang bertempat di Dewan Soleh al-Masri. Slot yang disampaikan oleh saudara Muhammad Amir Adham Bin Johari telah berkongsi tentang mitos-mitos yang terdapat dalam perubatan.


Pada keesokan harinya 14 Februari 2018, jam 1:30 tengahari diadakan Slot Kesihatan wanita "Kerana Dirimu Begitu Berharga" yang disampaikan oleh Saudari Siti Hawa Binti Ahmad. Manakala, pada jam 7:30 malam diadakan Slot UBM "Pure Love" yang menampilkan pasangan bait muslim iaitu Ustaz Muhammad Amin Bin Sailan & Ustaz Faqrurrozi Bin Abdullah bersama pasangan masing-masing. 


Tentatif program diteruskan pada 15 Februari jam 9 pagi dengan aktiviti indoor bagi siswa disutuh asrama dan siswi di dewan Soleh al-Masri Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir. Seterusnya, pada malam tersebut diadakan siri terakhir Daurah Fiqh Sab’ah selepas isyak.


Sabtu, 17 Februari 2018, kemuncak program diadakan aktiviti sukan outdoor bertempat di Hadiqoh Dauliyyah bagi siswa manakala siswi bertempat di Hadiqoh Azhar. Setiap kumpulan menunjukkan persaingan yang sihat untuk mendapat kemenangan.


Jubli Delima melabuhkan tirainya pada 18 Februari 2018 dengan ucapan penutup oleh Timbalan Pengarah Ustazah Malyanah Sakinah Binti Mohd Shukri dan Naib Pengerusi HEWI Ustazah Siti Sabariah Binti Mohamad. Seterusnya, diadakan persembahan dikir barat dan tayangan video daripada setiap kumpulan. Penghujung majlis tersebut diadakan pemberian hadiah untuk pemenang peraduan kuiz buku Minda Murabbi edisi Jubli Delima dan hadiah bagi setiap kumpulan. Majlis penutup Sambutan Jubli Delima BKPPPM 2018 telah berlangsung di Sutuh Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.



Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) terus istiqamah dalam menganjurkan program yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya baik dari segi ilmiah,thaqafah, pemantapan rohani dan jasmani, serta pengukuhan ukhuwah sesama ahli. Sambutan Jubli Delima BKPPPM 2018 merupakan salah satu contoh  penganjuran yang menerapkan nilai-nilai tersebut.


Semoga penganjuran dan sambutan Jubli Delima BKPPPM ini, mengukuhkan ikatan ukhuwah dikalangan ahli seterusnya menyemarakkan semangat persatuan untuk istiqomah menjaga kebajikan dalam segala aspek.



“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
“Fikrah, Thaqafah, Biah, Wehdah"


Disediakan Oleh :
MOHAMAD FADZIL BIN ZAHADI
( Setiausaha SAMBUTAN JUBLI DELIMA Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2018 )

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL