KETAHUI TIPS BELAJAR DI SAAT AKHIR
Dalam kesibukan seharian dan kekangan waktu, adakalanya kita tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran. Sehingga apabila waktu peperiksaan hampir tiba menyebabkan kita cenderung untuk merasa stress dan berputus asa sedangkan banyak silibus yang belum dibaca.
Jika begitu, jom lihat beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda.
Bertenang dan jangan cemas
Anda
perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya
anda cemas keterlaluan.
Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang
ada adalah terhad.Yakin
bahawa diri anda mampu untuk menghabiskan segala bahan pelajaran yang ingin diulang
kaji.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran
yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara
yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa
belajar.
Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu
tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang
dan letakkan dihadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda
melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat
menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka
secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir
ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan
kejayaan yang membanggakan.
Masa rehat perlu secukupnya
Semasa
belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil
masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba
berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung
semula pembelajaran anda.
Hapuskan tabiat suka tidur
Sebaiknya
para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar.
Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa
mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya
anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur.
Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan
jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam
keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting
sahaja. Jangan
beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba
pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan
isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak
mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting.
Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan
dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu.
Cuba pilih soalansoalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam
atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
Perbanyakkan amalan
ibadah
Namun harus
ingat, disamping usaha keras yang dilakukan, perlu ada nilai rohani yang
tinggi. Anda boleh melakukan apa-apa sahaja jenis ibadah yang mendekatkan diri
dengan pencipta. Boleh jadi, ibadah yang dilakukan diperkenankan untuk mendapat
kejayaan.
Jadi,
apa tunggu lagi?. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan anda. Jika anda
berhenti berusaha, bermakna anda sudah behenti mencapai kejayaan dan mencipta
kegagalan.
Selamat beramal…
(Unit Penerangan Dan Informasi)
Lajnah Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM 17/18



Comments