SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN)
Menyingkap Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul
Al-Quran) 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allah SWT telah menurunkan
al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi
Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya.
Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah. Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam
dan kehidupan Nabi SAW khasnya.
Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat
hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis
mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi
umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.
NUZUL AL QURAN ( 24 RAMADHAN )
Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah
umat Islam ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24
Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin
mubarakah). Firman Allah SWT.: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu
pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3). “Sesungguhnya Kami telah
menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat
1).“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian
manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan
perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah
malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari
amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat
pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk
berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri. Ketiga2 ayat ini
menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia
diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka
yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.
MAKNA NUZUL AL QURAN
Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang
terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata
perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali.
Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan
“Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3). . ‘Nuzul’ bererti
turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat
yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran
itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang
menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat,
muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.
Kelebihan al-Quran
tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran.
Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ
بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن
شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ ﴿٣٨﴾ Dan tidak seekor pun
binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan
kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan
dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38) . Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi
penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga
dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang
dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang
memberi peringatan.
TARIKH SEBENAR NUZUL AL-QURAN
Secara tradisinya umat Islam
di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17
Ramadhan, yang sepatutnya dibuat sambutan pada setiap 24 Ramadhan. Peristiwa
Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun
ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos
610M, ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Namun sesungguhnya pendapat
yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24
Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M. Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17
Ramdhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah
difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam
ayat ke 41 surah al-Anfal itu: إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللَّـهِ وَمَا
أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ
وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ
Wallahu'alam...
Disediakan Oleh: Lajnah Penerangan & Penerbitan BKPPPM sesi 2016/2017
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"
Comments