LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH

LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/i Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/i baru BKPPPM. Jaulah maqam sekitar Kaherah telah diadakan pada hari Sabtu, 6 Mei 2017 buat akhawat dan 13 Mei 2017 untuk ikhwah, peserta disebelah akhawat seramai 26 orang serta diiringi tiga orang musyrif, manakala peserta ikhwah seramai 30 orang. Jaulah maqam bermula seawal jam 7.00 pagi dengan menaiki tremco. Musyrif membawa peserta menziarahi dan melawat maqam-maqam para ahli bait Rasulu...