LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH
LAPORAN JAULAH MAQAM
SEKITAR KAHERAH
Firman Allah S.W.T:
( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق )
Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda
(kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga
jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53)
Jaulah maqam sekitar Kaherah telah diadakan pada hari Sabtu, 6 Mei 2017
buat akhawat dan 13 Mei 2017 untuk ikhwah, peserta disebelah akhawat seramai 26
orang serta diiringi tiga orang musyrif, manakala peserta ikhwah seramai 30
orang.
Jaulah maqam bermula seawal jam 7.00 pagi dengan menaiki tremco.
Musyrif membawa peserta menziarahi dan melawat maqam-maqam para ahli bait
Rasulullah s.a.w, para wali Allah, sahabat-sahabat nabi, para syeikh dan ulamak
yang terdapat di sekitar Kaherah antaranya maqam Sultan Hanafi, maqam Sayyidi
Shihabuddin Al-Ramli Al-Ansori, maqam Imam Ibnu sirin, maqam Saidatina Nafisah,
maqam Ibnu hisyam dan lain-lain lagi dengan diberi penerangan dan kisah
disebalik maqam yang telah dilawati oleh musyrif-musyrif di maqam-maqam
tersebut.
Masjid Amru Al-Asr menjadi lokasi lawatan seterusnya, Ia adalah masjid
pertama yang dibina di kawasan benua Afrika oleh Saidina Amru Al-Asr dan para
sahabatnya ketika beliau dilantik menjadi Gabenor Mesir pada waktu itu oleh
Khalifah Umar Al-Khattab. Peserta solat dan menikmati makanan tengahari di sana
sebelum bertolak ke destinasi maqam yang terakhir di sekitar Jabal Muqattam. Semua
peserta melahirkan rasa syukur dan gembira dengan jaulah maqam yang telah
diziarahi.
Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang
Mesir kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Jaulah maqam sekitar
Kaherah yang telah direncanakan ini. Semoga jaulah maqam yang telah diadakan ini dapat menambahkan thaqafah, mengerat dan
mengukuhkan lagi ukhuwah sesama
mahasiswa/i baru Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir khususnya.
" MEMURNIKAN
PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN "
" RIBAT UKHUWAH,
TEGUH WEHDAH "
" RABBANI THAQAFI
KHAIRI "
Disediakan oleh:
Unit Sambutan dan
Rehlah BKPPPM sesi 2016/17
Comments