LAPORAN JAULAH KAHERAH


 LAPORAN JAULAH KAHERAH

Kaherah -  Sabtu, 5 Mei 2017 yang lalu (ikhwah)  dan 13 Mei 2017 (akhawat), di bawah Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) BKPPPM telah menganjurkan jaulah sekitar Kaherah khusus untuk mahasiswa/i baru BKPPPM sesi 2017/18.

Dengan bilangan peserta ikhwah seramai 30 orang dan peserta akhawat seramai 26 orang ditemani empat orang musyrif, kami telah berkumpul seawal 7 pagi dan mula bertolak kira-kira jam 7.30 pagi dengan menaiki teramco , tempat destinasi pertama yang kami lawati iaitu kubur Anwar Sadat merupakan Presiden ke 3 yang telah ditembak mati semasa perarakan bagi mengingati peristiwa kejayaan menawan Semenanjung Sinai di kompleks 6 Oktober Kaherah.

Destinasi seterusnya ialah Giza yang terdapat tiga piramid yang namanya: Piramid Khufu (piramid yang terbesar dan tertua, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure, dan kami juga melihat kepala singa yang namanya Abuhul atau Sphyx.



Destinasi seterusnya ialah Masjid Amru Al-'As, ia adalah masjid yang pertama dibina di kawasan benua Afrika oleh Saidina Amru Al-As dan para sahabatnya ketika beliau dilantik menjadi Gabenor Mesir pada waktu itu oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Setelah selesai solat zohor para peserta menikmati makanan tengahari sebelum kami bertolak ke lawatan seterusnya.

Sungai Nil menjadi lokasi yang seterusnya. Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia, ia mengalir dan membelah sembilan negara. Orang mesir yang tinggal di sekitar Sungai Nil menyebutnya sebagai "Sungai Kehidupan" kerana telah berperanan penting dalam kehidupan dan peradaban Mesir. Di sana peserta dibawa menaiki bot sambil menikmati keindahan pemandangan pesisiran Sungai Nil. Akhir sekali Jabal Muqattam merupakan destinasi  terakhir yang kami lawati.

Sebaik sahaja selesai kami berkumpul dan terus pulang ke Asrama BKPPPM. Dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah jaulah ini dapat berlangsung dengan lancarnya dan terima kasih diucapkan kepada musyrif dan para peserta yang memberi komitmen dan kerjasama sepanjang hari tersebut. Semoga jaulah yang diadakan ini dapat menghibur dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama mahasiswi baru BKPPPM dan meraih rahmat Ilahi.  



" MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN "
" RIBAT UKHUWAH, TEGUH WEHDAH "
RABBANI THAQAFI KHAIRI

Disediakan oleh:

Unit Sambutan dan Rehlah BKPPPM sesi 2016/17

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL