Hamba Tuhan vs Hamba Imtihan


Hamba Tuhan vs Hamba Imtihan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

   الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قالوا سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم، رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي. أما بعد 

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah dan kurnia-Nya kerana masih memberikan kita untuk merasai pelbagai nikmat dalam hidup kita iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam yang berada di jalan-Nya yang benar.

(قال تعالى : ( كونوا ربنيين بما كنتم تعلمون الكتاب وبما كنتم تدرسون
Maksudnya : Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
(Surah Al-Imran : 79)

Musim imtihan hampir tiba buat pelajar- pelajar Azhar yang menjadi satu ketakutan buat para pelajar di bumi kinanah ini. Seringkali juga kita sering mendengar kalam- kalam yang  diucapkan atau terpapar di media sosial Hamba Tuhan vs Hamba Imtihan yang mana akan terjadi sewaktu musim imtihan tiba. Seringkali juga kita mendengar desas-desus mahasiswa/mahasiswi yang mengetahui bahawa "imtihan ini penting untuk masa depan dan kebahagiaan aku di masa akan datang" tanpa melabelkan tentang keredhaan Allah untuk dikejar sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini.

Tiada salahnya mencorak masa depan dengan penuh gemilang dan ilmu penuh di dada tetapi apa yang lebih utama ialah  mengukir iman dan amalan yang baik seiring dengan niat kita selaku hamba Tuhan yang Esa. Justeru imtihan juga  pemangkin kejayaan buat Islam kelak tidak boleh di pandang sambil lewa tanpa usaha yang kuat, semangat yang padu dari jiwa yang jitu.

" Tak suka exam, stress exam !!! "

Ayat inilah yang selalu diungkapkan oleh sesetengah hamba imtihan yang pada hakikatnya Allah ingin mendidik kita bahawa kita ini hamba yang perlu mentaati segala peraturan dan kehendak-Nya. Kerana Dia mahu 'ada exam' di dunia ini, maka terjadilah sunnatullah itu. Kita hanya perlu mengikut kehendak-Nya sambil menjaga hati kita ini.

Kalimah yang masyur seringkali ada pada segelintir pelajar iaitu "tidak suka pada exam" adalah kerana memang tabiat kita suka pada kesenangan, hidup tanpa tekanan dan kesusahan, tapi itu bukan sunnah kehidupan ini. Mahu rehat nanti DISANA bukan DISINI.

 ( قال تعالى : ( فإذا فرغت فانصب 
Maksudnya : Kemudian apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal soleh, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha.

Dalam ayat ini, Allah mahu ajarkan kepada kita bahawa di dunia ini tiada istilah STOP atau FINISH, kesibukan kita sebagai seorang hamba akan berterusan selagi mana kewujudan kita di muka bumi ini.

Konklusinya, sebagai hamba tuhan di dunia ini kita tidak akan terlepas dengan ujian dan cabaran. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama peranan kita sebagai hamba dan  juga anak yang mana tidak lupa untuk mencari keredhaan daripada Allah s.w.t dan kedua ibu bapa kita. Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah Bittaufiq wannajah.
Wallahu'alam.

FARAH NURAIN BINTI ZOLKIPLI
(TIMBALAN LAJNAH PENDIDIKAN BKPPPM SESI 2016/2017 )

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL